Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa rakyat Indonesia menyerang kedutaan Malaysia? Siapa yg salah, siapa yg mencabul kedaulatan negara mana? Kisah di sebalik penahanan rakyat Malaysia dan penahanan pegawai Indonesia...

Seperti yg kita sedia maklum, segelintir rakyat Indonesia menyerang kedutaan Malaysia dengan melempar najis,etc. Apa yg membuatkan mereka marah sangat? Kononnya kerana Pihak Berkuasa Malaysia menahan 3 orang penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia tanpa alasan yg kukuh dan memberikan layanan yg buruk kepada mereka sepanjang tempoh penahanan. Jom baca kisah di sebalik penahanan 7 nelayan Malaysia oleh mereka.
Lantik sahaja Siti Nurhaliza jadi duta Malaysia di sana... Pasti aman bung.. :)

Isnin Ogos 23, 2010
Di Sebalik Insiden Penahanan 7 Nelayan Malaysia Oleh Pihak Berkuasa Indonesia


PETALING JAYA: Pembebasan tujuh nelayan Malaysia dari Sungai Rengit yang ditahan oleh penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia pada 17 Ogos lalu ternyata melegakan semua pihak.
Mereka yang ditahan menggunakan bot Dolphin 015 dalam perairan laut wilayah Malaysia di lokasi empat batu nautika tenggara pantai Tanjung Pungai, Kota Tinggi Johor pada 13 Ogos 2010. Pembebasan oleh pihak Indonesia ini dibuat atas alasan bahawa mereka kekurangan bukti bagi mendakwa nelayan tersebut menangkap ikan dalam perairan Indonesia. Fakta siasatan jelas menunjukkan mereka menangkap ikan di dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979.


Bukti ini diperkukuhkan lagi kerana bot nelayan itu dilengkapi dengan peralatan GPS. Ini menunjukkan bahawa tindakan bot Dolphin 015 KKP memasuki perairan Malaysia hampir dengan pantai Tanjung Punggai, Kota Tinggi Johor yang jaraknya 14 batu nautika dari Batam, Indonesia jelas merupakan suatu tindakan pencerobohan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.


Pihak KKP telah menahan lima bot nelayan Kelas ‘A’ iaitu JHF 6532, JHF 8442, JHF 6367, JHF 5230 dan JHF 5280 bersama 15 nelayan di lokasi kejadian pada pukul 9.30 malam. Seramai tujuh nelayan telah ditahan dan dibawa menaiki bot Dolphin 015 manakala lapan yang lain masih berada dalam lima bot tersebut.

 
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi memberikan fakta sebenar mengenai isu ini.


Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.


Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.


Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.


Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.


Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.


Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.


Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.


Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut. Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).


Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.


Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.


Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia. Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.


Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.


Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.


Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.


Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.
Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.


Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing. Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.
Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/23/mstar_berita/20100823155753&sec=mstar_berita

Kalau berdasarkan laporan ni memang nampak siapa yang betul siapa yg salah.
Tapi aku pelik satu mende je.. Kenapa 3 orang pegawai Indonesia tu stay dekat bot Nelayan Malaysia tu? Kenapa tak lari bersama kawan2 diorang? Musykil2....


P/s: Apa2 pun, dalam Islam semua orang sama je, xkesah laa rakyat negara apa ke, bangsa apa ke.... Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan... :)

6 comments:

Peri PiA said...

byk nak ckp,tp takut salah ckp

tepuk dada,tanya iman

daisy said...

diorang ni selalu buat tindakan macam masyarakat tak bertamadun.bukan nak selesaikan masalah.lagi menambah masalah.nanti kalau kata bodoh marah

MOFASAD said...

tak faham dengan diorang nie

diraja22 said...

biar tindakan kita dlm keadaan waras..

Mr Noble said...

segelintir rakyat Indonesia menyerang kedutaan Malaysia dengan melempar najis,etc. <-- ni bertindak mengikut emosi la ni

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

ho3 siti jd duta malaysia ke indonesia... bgs gak... dh usulkan ke? huhu