Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Monday, August 30, 2010

Senarai Negara Paling Kaya 2010 berdasarkan simpanan US Dollar (World’s Richest Government)

Hari ini saya akan memberi lecture mengenai prestasi ekonomi Global... Haa, yg kat belakang tu, jangan tido ek..

The USA might have the biggest economy, but the American government is not at all rich, in fact, it can't even take out $150bn if asked to now without resort to borrowing. Till date the US government has borrowed $14 trillion. The UK likewise, while the country/people are rich, the government isn't. The UK government debts stood at $9 trillion now.

We know the world's richest man as Carlos Slim Helu of Mexico, followed by Bill Gates and Warren Buffet of USA. How about government, which countries government is the richest (having most money that is, in US$) If you are expecting North American and European nations, you might be disappointed. While the countries look rich, wealthy European nations can't withstood a prolonged major financial crisis, just like Greece.

Richest governments after 2008-2009 financial crisis:


      Forbidden City, Beijing

1. China
National reserves: $2,454,300,000,000












Gunung Fuji, Jepang..

 2. Japan
National reserves: $1,019,000,000,000












St_ Basil's Cathedral, Moscow, Russia

3. Russia
National reserves: $458,020,000,000

4. Saudi Arabia
National reserves: $395,467,000,000

5. Taiwan
National reserves: $362,380,000,000

6. India
National reserves: $279,422,000,000

7. South Korea
National reserves: $274,220,000,000

8. Switzerland
National reserves: $262,000,000,000

9. Hong Kong, China
National reserves: $256,000,000,000

10. Brazil
National reserves: $255,000,000,000

Here are the rest, in million US$:
11 Singapore / 203,436
12 Germany / 189,100
13 Thailand / 150,000
14 Algeria / 149,000
15 France / 140,848
16 Italy / 133,104
17 United States / 124,176
18 Mexico / 100,096
19 Iran / 96,560
20 Malaysia / 96,100
21 Poland / 85,232
22 Libya / 79,000
23 Denmark / 76,315
24 Turkey / 71,859
25 Indonesia / 69,730
26 United Kingdom / 69,091
27 Israel / 62,490
28 Canada / 57,392
29 Norway / 49,223
30 Iraq / 48,779
31 Argentina / 48,778
....... (aku copy paste sampai sini jek... hahar..)

Big national reserves doesn't guarantee prosperity however, for instance, the yearly expenses for China's government is $1.11 trillion, their government must always think of economic growth and making more money. China gov't overspent $110bn last year, much on it towards modernizing their military, if it goes on their reserves can only last for 22 yrs.

The Malaysian gov't overspent $13bn last year, if it goes on their reserves can only last for 7 yrs. The Singaporean government overspent $3bn last year, much of it rescuing their banks from financial crisis, if it goes on their reserves can last 68 yrs. The Swiss gov't overspent $1bn last year, if it goes on their reserves can last 262 yrs.


A country normally can borrow up to 100% its GDP, a very strong industrial country or very financial stable nation can borrow up to perhaps 200% its GDP, debts over 250% GDP the country is bankrupted.

Greece's Debts Is 113.40% GDP, In Danger As It Is Not Considered A Strong Industrial Or Financial Country.
Iceland Is 107.60%, Also In Crisis As It Is Not So Strong Industrial Or Financially.
Singapore Debts Is 113.10%, Not In Hot Water Due To Its Global Financial Hub Status, And Also Its Financial Strength. It's Only Dangerous For Singapore When It Reaches 200%

Japan Debts Is 189.30%, Still Under Radar As A Powerful Industrial Nation. It Needs To Panic Only At Around 200%
US Has The World Largest Debts, But It Is Only 62% Its GDP, It Is Not In Any Immediate Danger Of Bankruptcy.
Zimbabwe Debts Is 282.60% GDP, It Is A Bankrupted Nation.
Malaysia Debts Is Currently At 53.70% GDP.

Hong Kong And Taiwan Is Doing Pretty Good With Debts At 32-37% GDP
South Korea Is Even Better With Debts At 23.5% GDP
China Is Very Stable With Debts At 16.90% GDP
Russia Is Like A Big Mountain With Debts Only At 6.30% GDP
There Are Only 5 Countries With No Debt (I.E. 0%) - Brunei, Liechtenstein, Palau, Nieu, And Macau Of China.

P/s: Sekian lecture Ekonomi kita pada hari ini. Jangan lupa study, next week saya akan buat Pop Kuiz. :p

CONTEST - Teka KG??

Ni ada satu lagi contest utk disertai kat sini: http://www.scottishajjar.blogspot.com/
Jawapan aku ialah berat Erfan akan jadi = 10.155 KG

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


Info utk korang
berat Erfan masa lahir 2 July 2009 = 3.050kg
berat Erfan pada 12 July 2010 = 9.118kg
berat Erfan pada 31st August 2010 = ????kg

1) Open to ALL bloggers - [DONE]
2) Buat satu entry bertajuk "CONTEST - Teka KG??" - [DONE]
3) Letakkan banner contest di tepi sidebar blog dan juga entry korang 
(harus ada link back ke contest ini ye) - [DONE]

4) Blog PENAJA : - [DONE]

http://www.scottishajjar.blogspot.com/
(Wajib FOLLOW dan letak BLOGLIST or BANNER)

http://www.scottishior.blogspot.com/
(Wajib FOLLOW sukati korang nk letak BLOGLIST )

http://www.ohblogwani.blogspot.com/
(Wajib FOLLOW sukati korang nk letak BLOGLIST )
Senang je kan?

5) Boleh teka banyak kali untuk seorang blogger tapi kat lain2 entry k dan mesti
_._ _ _kg atau _ _ . _ _ _ kg
(wajib kepada 3 tempat perpuluhan tau!!)

6) Dah complete, tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie. [DONE]




Pemenang yang paling TEPAT akan dapat:
* Hadiah HARI MERDEKA bernilai RM50
DAN sesi fotografi bernilai RM150 tajaan http://www.scottishior.blogspot.com/

Kalau tak ada yang tepat, yg paling hampir akan menang:
* Hadiah HARI MERDEKA bernilai RM30
DAN sesi fotografi bernilai RM50 tajaan http://www.scottishior.blogspot.com

Kalau ada lebih dari satu pemenang, LUCKY DRAW akan dibuat untuk tentukan sapa yang menang.
Tarikh tutup : 31 August 2010
(jam 11.59 p.m ERFAN akan ditimbang dan kita lihat siapa yang kena!)
*Terms and Conditions apply. Penaja berhak menukar hadiah kepada duit tunai.

Saturday, August 28, 2010

Pembinaan Loceng Mekah utk ganti Greenwich Time - Mark Whalberg ada 3 puting dada - Imaduddin bin Harun syahid di Thailand (Award Entry Terbaekk minggu ini)


http://penyeliaasrama.blogspot.com/2010/08/loceng-masjidilharam-terbesar-didunia.html
Sinopsis: Cerita pasal plan untuk bina loceng besar kat Mekah, n jadikan Mekah sebagai ganti GreenWich Time.

http://besutkito.blogspot.com/2010/08/manusia-punyai-tiga-jari-dan-tiga.html
sinops: Anne Boleyn yang merupakan isteri kedua Henry VII dari England diyakini memiliki 11 jari dan juga tiga payudara….. aktor Mark Wahlberg memiliki puting ketiga di sisi kiri dadanya….

http://faizalpejay.blogspot.com/2010/08/imaduddin-bin-harun-semoga-gugur-syahid.html
sino: Sabtu 7 Ogos 2010 - Almarhum berasal di Yalutong Narathiwat, menetap di Malaysia dan pernah melanjutkan pelajaran di Indonesia. Melihat kepada keadaan mayat dan berdasarkan cerita saksi, jelas sekali bahawa pembunuhan ini telah dirancang oleh tentera Siam laknatullah.

Kejadian pembunuhan orang islam di Thailand ni tak mendapat liputan meluas… Korang mesti ramai yg tak tahu menahu kan?



P/s: Marilah kita menginsafi diri bersempena bulan Ramadhan yg mulia ini... Jom beli Al-Quran edisi terbaru dengan tafsir setiap butir patah perkataan di sini (bukan tafsir satu ayat penuh macam yg biasa tu)... Kalo korang beli dan jadikan hadiah raya utk ibu bapa kat  kampung, mesti banyak pahala kan.. :)


Rakaman Eksklusif Perbicaraan Inkues Teoh Beng Hock 18/08/2010 - Saksi Dr Pornhip. Jom tengok cepat, sebelum di block...

Video of Teoh Beng Hock Inquest proceedings on 18th August 2010
MACC Lawyer Abdul Razak Musa cross examining renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand.
 
Aku tak tahu siapa betul atau siapa salah dalam kes ini. Hanya Tuhan saja yg tahu kebenarannya.
Tapi aku malu + kelakar tengok Lawyer nih. English dia memang x lancar langsung, camni pun bole jadi lawyer ker? Kenapa kerajaan upah dia jadi lawyer? 
 N aku rasa macam taktik dia ialah untuk melengah-lengahkan masa jek.... Entahlah Labu... ~
 
Layann ~
 
















Semakin lama hidup di dunia ni, semakin susah nak tahu siapa betul siapa salah... Yang buat dosa tu, tak takut ke balasan Tuhan kat akhirat nanti? Mungkin kita semua ni dah terlalu mengagung-agungkan kemewahan duit di dunia, sampai lupa yg bila dah mati nanti, hidup kat akhirat tu selama-lamanya... Bukan setakat 70-80 tahun je...

Sempena bulan puasa ni, aku jumpa satu Al-Quran baru dengan terjemahan setiap butir perkataan (bukan terjemahan setiap ayat penuh macam biasa tu..) , So bila baca tu, rasa seronok sebab tahu maksud apa yg kita baca. Tuhan suruh baca Al-Quran, bukannya menyebut perkataan arab dalam Al-Quran tanpa memahaminya langsung?  Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini : http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=aremint



P/s: Sempat lagi korang beli sebelum balik kampung ni.. Sebab penghantaran akan sampai dalam 3 hari je...
Semoga hidup diberkati Tuhan... :)

5 Tips bermain Fantasy Premier League (Sila baca part yg paling bawah sekali utk senaman urat gelak / kentut korang...) :p

Ada dua jenis Pro. Satu profesioanal, satu laagi prosak majlis... (credit to Apek Jangan Tido Lagi)
Ok, straight to the Ampang point, ini tips2 yg aku dapat share dengan korang.

1. Bila nak pilih player pada permulaan season baru (atau nak guna wild card), pilih player2 yg bagus tapi murah dulu.. Pastu baru pilih player2 yg mahal dengan balance yg ada tu (sebab player2 mahal biasanye semua pun mmg konpem score punye)... Make sure yg 11 player utama tu adalah player yg selalu jadi kesebelasan utama dalam team diorang.

2. Jangan emosi. Maksud aku, jangan pilih player just because ko minat player tuh.. Seperti memilih Bellamy yg rupanye tak main2 sampai skang.. Huhu...

3. Jangan anti mana-mana pasukan. Walaupun korang anti MU, ada player2 dia yg memang bagus utk dibeli, macam Scholes, murah dan berkesan (walaupun dah tua).

4. Jangan obsess dengan favourite team korang. Kalaupun korang ni peminat setia Newcastle macam Pakcik Shebby Singh tuh, takyah laa beli 3 orang player team tuh, kalo sekali kalah, sure jauh tertinggal points sampai xleh nak kejar dah...

5. Rajin2 lah tengok statistik and website2 yg bagus macam :
a) Goal.com (click kat England > Player Rating)
b) http://fantasyepl.blogspot.com/
c) http://www.physioroom.com/news/english_premier_league/epl_injury_table.php : ni untuk tengok player mana yg injured dan bila dijangka akan pulih balik...

Ini semua adalah peringatan utk korang dan utk diri aku sendiri jugak. Unzur Maa Qal, Wa laa Tanzur Man Qaal (translation: Lihat apa yg dikata, jangan lihat siapa yg berkata)...

So, harap korang percayalah tips ni sebab nye aku ada bukti kejayaan di bawah ni...




































P/s: Ranking 50 daripada 50 player... Hebat2.....  ;p

Thursday, August 26, 2010

6 sebab kenapa seronok tengok Perempuan main Futsal? 6 Reason why it is fun to see girls playing futsal? 6 raisons pour lesquelles il est amusant de voir des filles jouer au futsal?

Hari tu company aku buat Event Futsal dari pukul 7pm to 9pm kat Cheras. Siap ada warming-up session before match. Malangnye time tu la plak keje aku banyak, so tak sempat warming-up. Walaupun tanpa warming up yg cukup, saudara Amin telah menunjukkan performance yg mantopp, yang mana kalau beliau dipilih sebagai player dalam Fantasy Football English Premiership, pasti akan mendapat point yg tinggi... wakakak..

(Actually, sebab yg betul2 pandai main dalam company aku, 2-3 orang je, so aku yg average ni pun nampak macam power... Siap boleh gentel2 bola lagi tuh... ) :p

1. Cuba teka mana saya?
2. Ada vuvuzela beb... meriah2.. Go Liverpool Go!!
3. Antara bunga-bunga penyeri suasana..


"kita semua adalah pemenang, tiada pengkalah" LOL..


Lepas main buat apa rakan-rakan? Makan McD ramai2 laa... Kita kan rakyat Malaysia, ini lah cara hidup yg sehat... :D

Untuk menjawab soalan di atas:
1. Sebab seronok gelakkan orang...
2. Sebab boleh tengok player substitute yg baru masuk, hampir2 score own goal dengan sengaja...
3. Sebab boleh tengok GoalKeeper yg tak nak guna tangan...
4. Sebab boleh tengok mereka-mereka jatuh2 tanpa sebab (mostly sebab kasut x sesuwaii..)
5. Sebab boleh tengok game yg berlangsung secara slow-motion tanpa perlu membeli Decoder Astro Beyond...
6. Sebab walaupun permainan tak cantik, tapi seronok tengok player yang cantik?
P/s: Hahahar.. Ada nak tambah nasik? silalah add comment... Or ada perempuan nak defense ker? takde yg berani kot.. :p

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa rakyat Indonesia menyerang kedutaan Malaysia? Siapa yg salah, siapa yg mencabul kedaulatan negara mana? Kisah di sebalik penahanan rakyat Malaysia dan penahanan pegawai Indonesia...

Seperti yg kita sedia maklum, segelintir rakyat Indonesia menyerang kedutaan Malaysia dengan melempar najis,etc. Apa yg membuatkan mereka marah sangat? Kononnya kerana Pihak Berkuasa Malaysia menahan 3 orang penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia tanpa alasan yg kukuh dan memberikan layanan yg buruk kepada mereka sepanjang tempoh penahanan. Jom baca kisah di sebalik penahanan 7 nelayan Malaysia oleh mereka.
Lantik sahaja Siti Nurhaliza jadi duta Malaysia di sana... Pasti aman bung.. :)

Isnin Ogos 23, 2010
Di Sebalik Insiden Penahanan 7 Nelayan Malaysia Oleh Pihak Berkuasa Indonesia


PETALING JAYA: Pembebasan tujuh nelayan Malaysia dari Sungai Rengit yang ditahan oleh penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP) Indonesia pada 17 Ogos lalu ternyata melegakan semua pihak.
Mereka yang ditahan menggunakan bot Dolphin 015 dalam perairan laut wilayah Malaysia di lokasi empat batu nautika tenggara pantai Tanjung Pungai, Kota Tinggi Johor pada 13 Ogos 2010. Pembebasan oleh pihak Indonesia ini dibuat atas alasan bahawa mereka kekurangan bukti bagi mendakwa nelayan tersebut menangkap ikan dalam perairan Indonesia. Fakta siasatan jelas menunjukkan mereka menangkap ikan di dalam perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979.


Bukti ini diperkukuhkan lagi kerana bot nelayan itu dilengkapi dengan peralatan GPS. Ini menunjukkan bahawa tindakan bot Dolphin 015 KKP memasuki perairan Malaysia hampir dengan pantai Tanjung Punggai, Kota Tinggi Johor yang jaraknya 14 batu nautika dari Batam, Indonesia jelas merupakan suatu tindakan pencerobohan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.


Pihak KKP telah menahan lima bot nelayan Kelas ‘A’ iaitu JHF 6532, JHF 8442, JHF 6367, JHF 5230 dan JHF 5280 bersama 15 nelayan di lokasi kejadian pada pukul 9.30 malam. Seramai tujuh nelayan telah ditahan dan dibawa menaiki bot Dolphin 015 manakala lapan yang lain masih berada dalam lima bot tersebut.

 
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi memberikan fakta sebenar mengenai isu ini.


Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.


Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.


Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.


Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.


Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.


Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.


Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.


Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut. Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).


Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.


Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.


Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia. Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.


Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.


Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.


Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.


Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.
Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.


Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing. Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.
Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.

sumber : http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/23/mstar_berita/20100823155753&sec=mstar_berita

Kalau berdasarkan laporan ni memang nampak siapa yang betul siapa yg salah.
Tapi aku pelik satu mende je.. Kenapa 3 orang pegawai Indonesia tu stay dekat bot Nelayan Malaysia tu? Kenapa tak lari bersama kawan2 diorang? Musykil2....


P/s: Apa2 pun, dalam Islam semua orang sama je, xkesah laa rakyat negara apa ke, bangsa apa ke.... Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan... :)

Pengumuman: Jawatan Kosong MARA / Kerajaan - PPPS(DG41) Pegawai perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Tarikh iklan 25 August sehingga 19 September 2010.

Mara telah buka jawatan PPPS(DG41)Pegawai perkhidmatan Pendidikan Siswazah.
Permohonan boleh di buat mulai sekarang sehingga 19 September 2010 di laman web mara: http://www.mara.gov.my/

Atau bolek klik terus ke e-vacancy di sini: http://online.mara.gov.my/vacancy2/
Sila download link "Iklan Jawatan" dalam webpage tersebut untuk maklumat lanjut.





































P/s: Selamat berjaya... :)

Tuesday, August 24, 2010

Kalau binatang ada Facebook, apa status update diorang ek?

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu... Hohoho... :)




Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

Ayam : Kawan2 kalu esok guwe tak update, bererti guwe udah di goreng... I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi



Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000

P/s: Tau tak kenapa anak babi jalan menunduk? :p

Monday, August 23, 2010

Review berbuka puasa di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur 2010

Memang sedap.. Antara lauk yg mesti korang try ialah :

  • Daging salai masak lemak (rasa lemak dia memang kaw2!)
  • Nasi minyak
  • Udang masak sambal (udang dia besar2 beb...)
  • Air buah
  • Lamb panggang (tapi bukan golek tau..)
  • Otak2 (Bila makan bufet, boleh amik banyak2, best ahh... )
  • Pisang Goreng and Sukun Goreng... panas2 mmg layann
  • SUP GEAR BOX .... terbaekk... besar2....
  • Kebab ayam



Selera Kampung Ramadhan

11 August, 2010 onwards
RM 68.00 ++ per adult
RM 34.00 ++ per child *
Time : 6.30 pm to 10.30 pm

Rasanye hari tu kena RM 78. Aku xberapa sure sebab company belanja, heheh...
Yang best nyer, bole lepak makan2 sampai kul 10.30pm tu...
Surau dia pun selesa...

P/s: Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yg memberi rahmat...

Sunday, August 22, 2010

Kisah hantu dalam LRT Stesen Sri Rampai : Seram woo... Ibu mengandung jangan baca yek..

Korang tahu kan ada satu stesen LRT yg ditutup? Stesen Sri Rampai... Sebab orang cakap tempat tu kerass sket.. cite sebenar aku tatau... Tapi aku nak share satu cite hantu nih..

Ada satu mak ni dengan anak dia naik LRT malam. Masa tu, dia dengan anak dia jer yg ada kat dalam partition coach tu, xde orang lain. Tiba-tiba anak dia tanya,
"Mak, biasanye orang pakai tudung ikat kat leher kan.... Tapi apasal makcik tu pakai tudung ikat kat atas kepala? " sambil tunjuk kat ruang seat yg kosong kat depan diorang.


Mak dia memang tak nampak apa2. Tapi bila dengar ape yg anak dia tanya, terus rasa seram sejuk, n terus berhenti kat stesen yg seterusnye..

Korang boleh teka tak hantu ape yg budak tu nampak??
Kalo korang lemah semangat, jangan scroll ke bawah ok? ...
.....
...
..
..

..

..
..
...
..
.




..


P/s: Seram siot, dalam bandar pun boleh ada hantu2 ni ke....

Tips dari gadis cantik: Tips cegah jerawat, atasi kulit berminyak, elak perut buncit




Jom terjah gadis cute nih...
Apa yang menariknye blog ni ialah ada tips2 yg berguna macam:

1. Tips cegah jerawat
2. Tips atasi kulit berminyak
3. Tips elak buncit

P/s: aku laparrr... :p

Aku menang Contest lagi...

Ye, Ding Dang datang lagi dengan... Gasing Terbaaang.. :p

Sekian Muqaddimah saya, isi tazkirah saya pada hari ini ialah Saya menang kontest Lucky Counter dari Cik Lyz...


Jom singgah Blog nih : HTTP://AKUSAYANGKO143.BLOGSPOT.COM/

P/s: Sila Jeles... :p

Saturday, August 21, 2010

Kucing lepas kena cukur bulu : Caspian yg comel.. (photo shoot after lion shave)

Kucing ni memang sangat comel and adorable dengan bulu die yg lebat.. Tapi sangat agresif, suka gigit2 tumit kaki aku... Memang selalu laa aku jerit2 marah.. Hahahar.. :p

Beliau adalah seekor kucing yg gemok! Macam Garfield @ Puss in Boots dalam Shrek 4

Tapi, kerana masalah language barrier di kedai gunting rambut, beliau sudah tersalah cakap kat mamak tu, sila cukur kepada no.1 ... Maka, hasilnye adalah seperti di bawah ini:


1. Hasil selepas Lion Shave... seksi tak i? :p
2. Tengok pinggang I, rampingg kann? Auw..
3. Ini aksi sebelum sebelum dicukur sebenarnye... Ni time mandi...
4. Pantun dua kerat: Semua kasi cukurr, tinggal itu kepala dan ekorr...

credit to: http://candybar7.blogspot.com/

P/s: Ini adalah pertama kali first time aku tengok gambar kucing kena cukur bulu...

Senarai Review Tempat Makan Berbuka Puasa / Bufet Ramadhan di Restoran-restoran Malaysia

Aku terjumpa blog ni yang buat senarai tempat2 makan yang menarik, so aku nak share dengan korang.
Silalah singgah ke blog ni kalo rasa nak usya2 port2 berbuka yang baru, takkan laa asyik layan PARAM (pasar ramadhan) jek...



contoh example (eh, cam redundant jek ayat aku nih.. :p )

Ada gak poster2 :)

Korang ada tahu mana2 blog yg buat review pasal restoran gak? Sila lah letak kat bahagian komen ek... Thank guys.. u r d best.. :)

P/s: Makanan adalah nikmat syurga di dunia... :p Tapi kalo nak syurga yg kekal, jom fahami bacaan Al-Quran dari setiap butir  patah perkataan di sini.   (Bukannya terjemahan setiap ayat penuh macam biasa tu...) Kalau hadiahkan kepada ibu bapa kat kampung, sure dapat pahala kan? Hidup diberkati Tuhan akan sentiasa tenang dan happy.. :)



Facebook dalam dunia sebenar : Kebenaran dan kelawakan

Jom tengok macam mana agaknya kehidupan kita kalau semua yg kita buat dekat facebook tu, kena buat kat dunia sebenar... Layann~



creditetions to http://syahirul.com/

Aku paling kelakar time dapat ayam tu... free2 bole buat ayam golek beb... wakakkaka :p

Btw, ape status facebook yg paling kelakar korang pernah baca? Aku nak buat entry pasal tajuk ni plak nanti... :)
P/s: Sebenarnya ramai orang layann facebook sebab kite bosan kan? xde mende lain nak buat... btul x? :)

Gambar eksklusif pemain badminton negara yang panas!!

Lihatlah aksi2 ini... Inikah bakal pemain badminton negara yang akan mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Uganda 2086?

Ini ialah gambar sebenar, bukan edit2 ek... Punyelah hebat aku smash, sampai bengkok raket beb... Pernah ker korang nampak player negara main sampai cenggini? :p


1. Gaya Sommersault berpusing... Kelajuan bola tangkis adalah 110km/jam. Sangat mematuhi undang2 jalan raya Malaysia... (Sebab takut kena saman ekor.. :p )
2. Gaya katak lompat minum petang... Lin Dan dah lama pujuk nak tahu rahsia taktik nih..
3. Translation : Majulah sukan untuk ini negara, 1 Malaysia, yg kaya akan tetap kaya... Yess lah..


Majulah badminton untuk bentuk perut yg cute.. :)
Best kan company aku buat event2 camni... Sila jeles..

Playing badminton is not about how fast your Smash is.. It's about playing wisely using your brain, where you placing your ball.. How you control your ball, added with some trickery move... and winning is not the goal, but it's all about FUN!!  - En. aMin
Wah, macam terer jek, padahal hampeh jek, hohhoho... :p
Satu je yg aku takut bila main badminton malam2 ni... Takut kena paru2 berair. Sebab bila balik, mesti kena mandi dalam kul 10malam.. xbaik utk kesihatan? hurm... ..

P/s: Raket bengkok itu sebenarnye sebab member aku terpukul tangan partner regu dia... giler ah ding dong...

Friday, August 20, 2010

Peraduan: Copy & Paste Raya




Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha http://gambarhehe.com/2010/07/peraduan-copy-paste-raya.html .
P/s: Jom laa join beramai2 dan doakan supaya aku menang... korang xpayah, korang dah kaya... :p

Thursday, August 19, 2010

Boleh Percaya ker Kes Raja Azmi dituduh bersekedudukan dengan Roslin Hashim ? : Dialog di Mahkamah. Gambar ekslusif...


Aku rasa macam tak percaya. Sebab Raja Azmi tu bukan nyer lawa sangat pun... Huhu... :p
Papepun, jom baca kisah diorang ni kat mahkamah...

HULU KLANG: “Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi (Raja Sulaiman), malah bilik hotel itu juga didaftar atas nama wanita itu,” kata Norhayati Othman, 38, isteri jaguh badminton negara, Roslin Hashim ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.



Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berhubung punca kejadian lafaz berbunyi ‘I cerai youlah’ yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa Roslin, 35, melafazkan cerai dalam keadaan sedar, siuman, tenang dan mengambil kira-kira lima hingga tujuh saat untuk menjawab soalan selepas ditanya apa keputusannya ketika itu selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jailani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.


“Kami (Norhayati bersama dua adik dan ibunya) pergi ke tingkat lima dan menunggu Jailani untuk bersama-sama ke tingkat tiga. Namun, Jailani seolah-olah melengahkan kami untuk ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkan dia keluar dari bilik berkenaan.


“Dia mungkin bimbang Raja Azmi serta Roslin ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akibat berdua-duaan. Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam, berlaku lafaz cerai,” katanya.




Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulkarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Isnin lalu dan diterima pada sebelah petang oleh Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.


Terdahulu dalam prosiding yang bermula pada sebelah petang, Roslin memaklumkan mahkamah dia tidak mempunyai bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan isterinya.
 Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang.


ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?
NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.
ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?
NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.
ZULKARNAIN: Siapa lagi?
NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)
ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?
NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.
ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?
NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.
ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?
NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi


ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?
NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?
NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.
ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?
NORHAYATI: Ada.


Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.

“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.


“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.


Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.


“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.


“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.


Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.


ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?
ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.


ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?
ROSLIN: Ya.


ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?
ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.
ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?
ROSLIN: Sampai ke situ?
ZULKARNAIN: Jawapan kamu?
ROSLIN: Ya.
Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.

ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?
ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.


ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?
ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik.


Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujah dan pada 22 September depan untuk pihak defendan.


Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad, 32, hanya bertahan 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari tahun lalu.

Source and Prodigy Ehoza

P/s: Dunia... dunia... Naseb baik aku tak jadi player badminton negara, kalo tak mesti Raja Azmi goda2 aku... xkuasa I.... Wakakakak :p

Senarai website untuk beli tiket bas online : Transnasional - SANI - Maraliner - Supernice - Konsortium Semenanjung


Senarai website untuk beli tiket bas online:

http://www.saniexpress.com.my/

http://www.transnasional.com.my/

http://www.maraliner.com.my/

http://www.supernice.com.my/

http://www.kbes.com.my/

http://www.ticket4u.com.my/plusliner/

P/s: Jom baca Al-Quran edisi baru dengan tafsir setiap patah butir perkataan
 (Bukannya terjemahan setiap ayat penuh macam biasa tu...) KLIK SINI  
Kalau hadiahkan kepada ibu bapa kat kampung, sure dapat pahala kan? Hidup diberkati Tuhan akan sentiasa tenang dan happy.. :)



Sekadar berkongsi info :)


Wednesday, August 18, 2010

POEM yang paling kelakar pernah aku baca... A Samad Said @ Shakespeare pun mesti respek diorang ni ah.. :)

Short Poems Competition:
THESE ARE ENTRIES TO A WASHINGTON POST COMPETITION ASKING FOR A TWO-LINE RHYME
WITH THE MOST ROMANTIC FIRST LINE,
AND THE LEAST ROMANTIC SECOND LINE:



1. My darling, my lover, my beautiful wife:
Marrying you has screwed up my life.


2. I see your face when I am dreaming.
That's why I always wake up screaming.


3. Kind, intelligent, loving and hot;
This describes everything you are not.


4. Love may be beautiful, love may be bliss,
But I only slept with you 'cause I was pissed.


5. I thought that I could love no other
-- that is until I met your brother.


6. Roses are red, violets are blue, sugar is sweet, and so are you.
But the roses are wilting, the violets are dead, the sugar bowl's empty and so is your head.


7. I want to feel your sweet embrace;
But don't take that paper bag off your face.


8. I love your smile, your face, and your eyes
Damn, I'm good at telling lies!


9. My love, you take my breath away.
What have you stepped in to smell this way?


10. My feelings for you no words can tell,
Except for maybe 'Go to hell.'


P/s: Who said poetry is Boring ?






Tuesday, August 17, 2010

Janganlah menghina Salleh Gregor Samsa yang tak percayakan Allah. Doakan semoga dia insaf...

Korang dah baca pasal status facebook Salleh Gregor Samsa yang kontroversi kerana tak percayakan Allah dan plan nak buat ajaran sesat? Serius aku terkejut giler bila baca. Credit to Mr Ejum .


Tapi janganlah kita cepat sangat menghakimi dia. Mungkin lepas ni dia boleh insaf dan jadi Imam Masjid  and masuk syurga? Kita pun tatau lagi apa nasib kita di penghujung nyawa kan?

Setelah lama hidup ni, bila aku baca berita pasal rasuah/zina/gaduh, etc aku dah tak berprasangka buruk kat diorang ni... SEBABnyer, diorang buat mende2 camtu sebab dapat ujian godaan yang hebat!! Korang pernah ke diberi ujian camni: 
  1. Orang offer RM100 000 untuk just pejam sebelah mata jer?
  2.  Pernah ke ada awek cun giler putih mulus macam pan asian peluk korang ajak masuk bilik?
  3. Pernah ker Mak Ayah bergaduh tiap tiap hari pastu Ayah hisap ganja and sepak terajang korang bile dia tengah High?
Kalau lah aku dikenakan ujian sebegini, aku pun tak pasti aku cukup kuat ker nak hadapinya... So, bersyukurlah dengan nikmat kebahagiaan yang kita ada sekarang, dan doa lah supaya dijauhi daripada ujian2 yg sebegini.
 P/s: Carilah Rezeki yang berkat, semoga anak2 kita nanti tak keras hatinya... ~

Monday, August 16, 2010

Kenapa ramai orang cakap blog aku ni menarik ? Adakah sebab aku ini hensem?

                                                                              

Aku rasa terharu bila dah sampai 4 Bloggers bagi penghargaan kat blog aku yang xseberapa nih....
Adakah sebab aku ini hensem? Kenapa, xpercaya? cuba tengok screen shot di bawah?





Wakakak... giler ah ding dong... :D

So, setelah dipuji sedemikian rupa, aku pong join laa tag Award nih seperti dibawah.. :)

1. Thank and link the person that tagged you (ada 4 orang tau.. )
http://khalidahkuaci.blogspot.com/2010/07/award-yang-ke-2-trima-kasih-kpd-incik.html
http://misyamissyou.blogspot.com/2010/07/ohhkena-tag-intersting-bloghehe.html
http://mamaieta.blogspot.com/2010/07/interesting-blog-award.html
http://sihatimerahjambu.blogspot.com/2010/08/saya-dah-menang.html#more


2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic



3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
kalo xnak?hahahar.. nanti aku bagitau dorg ek... :)

4. State 7 things bout yourself

a) Aku buta warna, tapi mild jer... yg basic sume bole nampak... :p
b) Aku suka kentut, kan ke best bila lepas kentut?
c) Aku terer main basketball, pelik ker?
d) Aku suka sepah2 kan barang, pastu kemas balik... selepas 2,3minggu bersepah, barulah nikmat rumah/bilik yang kemas itu terasa....
e) Biasanye bile brg aku dah lunyai giler, baru aku beli baru (maksudnya aku ni berjimat cermat orangnyer..)
f) Mempunyai simptom2 CEO yg berjaya (konon)
g) Bercita-cita utk kawen 4! ngeeee...  :p

P/s: Sesekali melayan TAG ni layann~ gak.. :)

Sunday, August 15, 2010

Bosan blogwalking? Jom baca entry2 berkualiti tinggi... Award Link Terbaekk minggu-32 2010


Sila Klik utk ke link Entry2 mereka yg sempoi ini...~

1. Faktor2 yg memberi kesan kepada saiz zakar

2. Tahap cemburu lelaki melalui horoskop :
p/s: Aku bintang aries, hoho...

3. Kebaikan solat dari sudut sains :
p/s: baru aku tahu, byk faedah rupanye... yg lipat jari time antara dua sujud pun ada effect rupanyer....

4. Haiwan apa yg paling berani di dunia?
Jawapan: Honey badger... selamba je lawan ular,rimau, wolf... makan bisa ular pun stakat pengsan jek... kagum2...

5. Norman Hakim Panjat Bangunan, Memey bawa selimut... panass panasss..

6. Kucing diseksa dan dibunuh kejam ... shocking!!

P/s: Semoga Ramadhan ini memberi ketenangan, dan marilah kita berkasih sayang... ~
Anda buat, anda dapat!! :)

BLOG LIST BEN ASHAARI

Wah, Encik Ben nak tukar blog list die kepada 3 kategori la pulok... Kategori tersebut ialah: Masakan , Ibu Bapa , Personal. Ok, walaupun blog aku nama makanan,tapi sah2 laa xde resepi masakan dalam blog aku nih, hanya ada asam garam kehidupan yang **toot jer ... Hahar...

Encik Ben, letakkan laa aku dalam kategori Personal yaa... TQ2... :D




Kalo korang nak join gak, sila klik di sini yek: BLOG LIST BEN ASHAARI

P/s: Demn, arini tak bangun sahur laa plak...


Saturday, August 14, 2010

Rakaman Video Puting Beling Maut Bazar Ramadhan Jasin (3 meninggal dunia)

Kejadian ribut maut di Jasin 4.40 pm @ 13.8.2010
Rakaman ekslusif keadaan huru-hara selepas dilanda angin ribut, 3 terkorban & beberapa orang cedera parah...


Dari rakaman ini, boleh rasa kesengsaraan mereka yang cedera tu..

Menurut saksi, kesemua 30 khemah diterbangkan ribut. Mangsa yang meninggal dunia adalah akibat dihempap besi khemah di bahagian kepala.

Innalillah wainnailaihiroojiun..

Ini memang tragedi yang tak disangka-sangka. Satu peringatan yang ajal maut boleh datang menjemput bila-bila masa sahaja....

P/s: Jom insaf kejap...  

Thursday, August 12, 2010

English Premier League - Final Fantasy Football



Ini lah team aku utk tahun ini... Ada apa2 komen?

Aku rasa team aku ni dah cukup kuat dah. Tapi tatau laa... Kalo korang nak suggest player2 bagus tapi murah ker.. Sila2kan lah yek... :)

P/s: League mana lagi yg korang join ek?