Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Sunday, April 11, 2010

Medal kebanggaan...

Di sini, saya ingin berlagak. Ye, saya memang seorang yg poyo, tapi saya rasa saya layak untuk mempoyokan diri sekali-sekala. Apatah lagi dengan pencapaian berjaya menghabiskan larian sejauh 10km dalam masa 1 jam 5 minit. Ye, memang ramai lagi orang lain yg boleh melakukannya, malah lebih pantas pun ramai, tapi saya bangga kerana berjaya melakukannya dalam keadaan badan yg sudah lama jarang bersenam ini, heheh... :p

Sungguh excited mendapat goodies2 ini dgn modal yuran rm60 hinggit...

Di bawah, adalah gambar pom2 girl yg telah membakar semangat en. aMin dan rakan2, merangkap menjadi gadis penjaga bagasi saya. Tenkiu2...




Sedikit sinopsis dan tips sewaktu larian:
1. Pengalaman masuk tandas bergerak adalah one of the most disturbing experience ever!
2. Tengah lari2 tu, ada satu kereta bomba yg pancutkan air pada kitorang. Hasilnya, memang rasa segar beb. Tenkiu En.Bomba.....
3. Disebabkan xde bawak mp3, aku terpaksa berkaraoke dalam minda. Ye, suara aku sgt sedap bila ianya terperangkap dalam kotak minda aku sahaja... :p
4. Tips jogging: Cuba ambil nafas sekali sahaja, untuk 2-3 langkah. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan tidak cepat pancit. Dan cuba lari dengan postur badan yg menegak...
5. Perasaan bila sampai ke penamat, dan ramai yg menyambut = speechless + unforgettable...




Sungguh best bila dapat medal. No berapa? tatau... tapi dalam kelompok 400 peserta yg pertama laa...

Gigit medal. Konon nye macam pemenang emas Olimpik Beijing, hahahar..

Satu pengalaman baru, cukuplah modal utk berlagak selama 6 bulan... :p
Sekian, Tima Kaseh ~

3 comments:

Jard The Great said...

waa.. sihat tubuh badan.. bagus2.. ehehe

Eyriqazz said...

tahniah diucapkan..

Katak Ijau said...

wahh...bestnyer....