Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Wednesday, March 24, 2010

Pengalaman melawat di IJN

Sabtu lepas aku pergi IJN untuk melawat bapa saudara aku (Pak Teh). Beliau baru sahaja menjalani Pembedahan Bypass Jantung pada hari selasa dan dimasukkan ke ICU. Hari sabtu tu baru dipindahkan ke wad biasa.

Bila aku masuk je wad tu, aku terkejut! Sebab Pak Teh yang biasanya ceria, tapi sekarang nampak sangat yg dia tengah suffer… Memang xboleh nak explain camne, korang kena pergi tengok sendiri baru boleh paham… Bayangkan laa, dia kena operate 6 jam tu!


Time melawat tu, ada gak suara2 yg mengatakan, bila dah sembuh dari operate ni, akan rasa muda 10 tahun.... Biar betul? Tak tahu la, no komen…

Info tentang Jantung:





Jantung mengepam darah bagi menyuburkan seluruh badan, termasuk ianya sendiri. Darah yang menyuburkan otot-otot jantung mengalir melalui arteri-arteri koronari. Penyakit koronari arteri disebabkan oleh aterosklerosis, iaitu terkumpulnya secara beransur-ansur plak dan bahan berlemak dalam arteri. Apabila arteri menyempit, darah yang dapat mengalir ke otot-otot jantung berkurangan. Seandainya ada pembekuan yang tersumbat dalam arteri tersebut atau pengaliran darah berkurangan, otot-otot – kebutuhan oksigen – mati dan serangan jantung terjadi

CANTUMAN PINTASAN KORONARI ARTERI (CABG)
Bagi pesakit di mana angioplasty tidak dapat dilaksanakan oleh kerana risiko yang tinggi (terutama apabila terdapat lebih daripada satu atau dua sumbatan jantung atau dengupan jantung itu rendah), cantuman pintasan koronari arteri (Coronary artery bypass grating) perlu dijalankan bagi membetulkan masalah sumbatan tersebut.

Cara ini dilaksanakan dengan membuat laluan pintasan bagi pengaliran darah untuk mengelakkan laluan yang tersumbat. Bagi prosedur ini, satu saluran darah yang kecil akan diambil dari bahagian lain tubuh (selalunya saluran daripada bahagian kaki) dan di cantumkan ke bahagian aorta di satu hujung dan ke otot jantung di hilir sumbatan pada penghujung yang satu lagi. Darah akan mengalir melalui pintasan ini untuk menyuburkan jantung. Seandainya lebih daripada satu arteri itu tersumbat, pembedahan pintasan akan dilaksanakan untuk setiap sumbatan tersebut.

Source: Internet (bahasa indonesia, hoho...)


p/s: Rajin2 lah pergi melawat orang sakit di Hospital. Dapat laa Insaf kejap... n dapat pahala pe....

1 comment:

sasha* said...

serik nk pg hospital.teringat cite sedih huhu