Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Monday, March 8, 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM


KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM






"Ini keris dari zaman pahlawan Majapahit, ayah dapat dari Daerah Nering, Yogjakarta”

”Cantiknye ayah... Tapi ni macam ada kesan darah je.. xnak basuh ke ayah?”

”Eh, kesan ni memang tak akan tanggal punye, biarkan je... barang antik memang macam ni.... ”


Ya, ayah mempunyai hobi mengumpul barang2 antik termasuklah keris2 lama. Dan ada orang kata keris lama ni kadang2 ada penjaganya, tapi aku tak pernah ambik peduli. Sehinggalah suatu malam....

Malam itu aku tertido awal di dalam bilik, dan dalam pukul 3am, aku terjaga. Rasa sejuk giler, lalu aku tutup tingkap bilik yg luas terbuka. Memang kebiasaan aku membuka tingkap untuk mendapat pengaliran udara. Cuba untuk tidur kembali, tapi masih rasa sejuk yg lain macam. Inikah rasa seram sejuk? Bulu roma pun naik mencanak2. Terasa sedikit berdebar2.

Baik aku pergi buat air susu dan minum.Baru je aku nak menjejakkan kaki ke lantai, aku terpandang sesuatu dalam kesamaran di atas pintu bilik aku. Bila diteliti, aku tergumam.

*** Sesusuk nenek kebayan tua sedang melekat betul2 di bidai atas pintu bilik aku!
** Sambil tersengih, memandang aku...



Aku terus membatalkan niat untuk turun dari katil dan menyelimutkan diri sampai ke kepala.
”Shit! Ape aku nak buat ni? Kalo aku lari keluar, aku kena lalu kat bawah nenek tu!!
Dan kalau aku stay je kat sini, nanti kalau dia turun dan datang kat aku camne?!
Kalau nenek tu datang dan tidur sebelah aku???”

Dalam kebuntuan, kedengaran satu suara...

”Eshh.. eshh... Usah sembunyi Cu.... Nek tahu Cucu dah nampak .... eeeiisshhhh”

Menggeletar seluruh badan aku...
Aku nekad, aku mesti keluar dari bilik. Lalu aku terus lari ke arah pintu tanpa cuba membuat sebarang eye contact dengan Nenek tu. Kupulas tombol pintu ke kiri, tak terbukak. Ke kanan pun tak terbuka. Dari lirik mata, aku dapat nampak nenek itu mulai turun perlahan-lahan.

Panik.
Aku tendang pintu sekuat hati! Tak berkesan. Lalu teringat secara saintifiknya memang pintu tu tak akan terbuka kalau ditendang dari dalam kerana posisi engsel dan design daun pintu direka begitu. Ikhtiar terakhir, aku takbir.

ALLAHUAKBAR!

Lalu ku pulas tombol dan kutarik sekuat hati. Barulah pintu terbuka, dan terus aku berlari ke bilik ayahku. Ayahku hanya mampu beristighfar panjang, dan bila dia check bilik aku, nenek tu dah takde, dan tingkap bilik aku sudah terbukak kembali ~

Tak lama lepas tu, ayah aku jual keris antik yg satu tu...


------ TAMMAT -----

10 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

serammm gak..

kalau lah terjadi pada l0lly ? hurm

Khairi said...

mariani tu ke? gile ah. Kalau aku dah sure aku terkencing kat situ.

cikgu isza said...

nasib baik bila jual x jadi apa2,
ada keris yang datang balik kat tuannya..

Encik aMin said...

lolly: kalo jd pada u, u snap laa gambar, pastu jual kat newspaper.. mesti byk untung, hahahar...

Khairi: hoho..

isza: aah kn, pnah gak dengar cite camtu... :p

Lekir said...

tulah bahayanya barang2 antik ni..

Seb baik kau lari.. kalau tidak.....

MISH LOLIPOP said...

tkot weiyh..len kli jgn smpn bnda lma2 nie

Encik aMin said...

Lekir n lolipop: ye la kan, bahaya siot mende2 antik nih..

syikinshuhaimi said...

btul2 ker?
takotnye..huhu

Amar Amirah said...

pernah dengar mak kawan saya kena 'kacau' dgn keris pusaka ayah dia masa ayah dia pergi outstation....issshhh

Encik aMin said...

amar amirah: ye ke? camne dia kena ek?