Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri..~
Pertama dan Kedua :
Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.
Ketiga dan Keempat :
Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.
Kelima dan Keenam :
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan waktu makannnya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.
Ketujuh dan Kelapan :
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.
Kesembilan dan Kesepuluh :
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.
Source: Majalah Solusi isu no 42 : Pasrah dengan Istikharah (online)
No comments:
Post a Comment