Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Wednesday, March 31, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

“aku bintang, ko tu bulan ke?”
Haa... aku pernah terbaca blog yang bertajuk begini. Sungguh kreatif dan metafora sekali.

A: Kalau Ahmad bin Abu, Kambing bin apa?
B: Bin biri2?
A: Salah
B: Dustbin? Kambin? Bin bapak kambing?
A: Salah salah salah!

Jawapannya ialah… Kambing binatang…. Hahahahar…

Ops, dah melalut. Bukannya apa, untuk menceriakan hati korang jugak. Itulah antara fungsi sebenar bloggers2 di seantero dunia. Untuk berkongsi pengalaman, cerita sedih dan cerita kelakar. Caring is sharing....

Bila orang suka baca blog kita, tanpa disedari kita akan menjadi famous amous feymes lagi terkenal. Itu semua hanya bonus sebenarnya. Ye, earning nuffnang yg banyak adalah hadiah dari pembaca2 setia. Dan kini, Projek Alpha Beta Gamma sekali lagi telah mengadakan Project Alpha Season 2 di mana korang berpeluang mendapat hadiah2 yg lumayan tajaan Adidas Action 3, P1 dan MAS. Personally, aku memang xlayak lagi laa nak join tahun ni, tahun depan mungkin.... heheh.. :p

Cara2 nak menyertainya mudah sahaja.


To submit your audition, follow the simple steps below:

Step 1: Join ruumz or login to your account
Step 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video

TADAAA... mudah je kan...

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Saturday, March 27, 2010

My Date Night

Pengalaman yang memalukan semasa Dating. Masa itu, zaman universiti, nak pergi dating pun kena sewa kereta kancil. Dah nama kereta sewa, keadaan kereta pun suam-suam kuku je, dengan kunci remote dah rosak, kena lah pakai kunci biasa je.

Dating berjalan lancar. Antara dialog kitorang...
A: Awak, mee apa yang boleh makan dengan ais?
B: Mee sejuk?
A: Salah....
B: Mindanao? Mee kung fu? Mee Do Re Mi?
A: Salah, salah, salah...
B: Ok, surrender... apa jawapannye?
A: MILO AIS! Hahahahahahar.... :p

Setelah mengayatt lebih kurang, kitorang pun keluar laa kopitiam tu dan aku berjalan menuju ke kereta kancil putih tu. Eh, xnak bukak pulak kunci ni.... Aku godek-godek kunci tuh, x boleh bukak2 jugak... Ah, jatuh saham aku!!

B: Awak, saya rasa kereta kite yg sebelah ni laa.. kata awek aku sambil menunjukkan kepada sebuah lagi kereta kancil putih kat sebelah...

A: aaa... (muka sudah merah!) malu siotttt....~

A&B: HAHAHAHAHARR... ape daaa.... :)


p/s: Entry ini adalah sebahagian konspirasi untuk menyertai Contest Nuffnang http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/03/27/date-night/
Macam best je cite ni, boleh tengok sinopsis di link atas... :)


poster

Friday, March 26, 2010

First time dapat duit dari Nuffnang!!

Yeay!!! :) Walaupun hanya rm20.75, tapi aku rasa sangat teruja... Ye la, kalo aku tiba2 mintak rm20 dengan orang yg lalu-lalang dekat shopping complex, ada ke diorang nak bagi? hahahar...



Terima kasih kpd korang yg sudi menjenguk2 blog aku.

Aku budak baru belajar, kalau salah tolong belanja...


Hohoho... :)

Thursday, March 25, 2010

Today is my BIRTHDAY!! :)

Wah, sekarang aku dah menghampiri penghujung 20-an... huhuhu...
Ops, xleh nak update byk2, kna pegi keje...
Adios...

Wednesday, March 24, 2010

Pengalaman melawat di IJN

Sabtu lepas aku pergi IJN untuk melawat bapa saudara aku (Pak Teh). Beliau baru sahaja menjalani Pembedahan Bypass Jantung pada hari selasa dan dimasukkan ke ICU. Hari sabtu tu baru dipindahkan ke wad biasa.

Bila aku masuk je wad tu, aku terkejut! Sebab Pak Teh yang biasanya ceria, tapi sekarang nampak sangat yg dia tengah suffer… Memang xboleh nak explain camne, korang kena pergi tengok sendiri baru boleh paham… Bayangkan laa, dia kena operate 6 jam tu!


Time melawat tu, ada gak suara2 yg mengatakan, bila dah sembuh dari operate ni, akan rasa muda 10 tahun.... Biar betul? Tak tahu la, no komen…

Info tentang Jantung:





Jantung mengepam darah bagi menyuburkan seluruh badan, termasuk ianya sendiri. Darah yang menyuburkan otot-otot jantung mengalir melalui arteri-arteri koronari. Penyakit koronari arteri disebabkan oleh aterosklerosis, iaitu terkumpulnya secara beransur-ansur plak dan bahan berlemak dalam arteri. Apabila arteri menyempit, darah yang dapat mengalir ke otot-otot jantung berkurangan. Seandainya ada pembekuan yang tersumbat dalam arteri tersebut atau pengaliran darah berkurangan, otot-otot – kebutuhan oksigen – mati dan serangan jantung terjadi

CANTUMAN PINTASAN KORONARI ARTERI (CABG)
Bagi pesakit di mana angioplasty tidak dapat dilaksanakan oleh kerana risiko yang tinggi (terutama apabila terdapat lebih daripada satu atau dua sumbatan jantung atau dengupan jantung itu rendah), cantuman pintasan koronari arteri (Coronary artery bypass grating) perlu dijalankan bagi membetulkan masalah sumbatan tersebut.

Cara ini dilaksanakan dengan membuat laluan pintasan bagi pengaliran darah untuk mengelakkan laluan yang tersumbat. Bagi prosedur ini, satu saluran darah yang kecil akan diambil dari bahagian lain tubuh (selalunya saluran daripada bahagian kaki) dan di cantumkan ke bahagian aorta di satu hujung dan ke otot jantung di hilir sumbatan pada penghujung yang satu lagi. Darah akan mengalir melalui pintasan ini untuk menyuburkan jantung. Seandainya lebih daripada satu arteri itu tersumbat, pembedahan pintasan akan dilaksanakan untuk setiap sumbatan tersebut.

Source: Internet (bahasa indonesia, hoho...)


p/s: Rajin2 lah pergi melawat orang sakit di Hospital. Dapat laa Insaf kejap... n dapat pahala pe....

Tuesday, March 23, 2010

No Sweat !

Definasi skemanya ialah tak berpeluh? Maksud kedua ialah ”xde hall laa.., kacang je…” Hahahar...
Zaman sekarang ni, boleh kata 80% orang pakai deodorant ( hasil tekaan semata-mata). Dulu aku pernah keje part time sebagai Survey Research Officer. Kerja ni job scope nya ialah menginterview orang ramai tentang sesuatu produk. Kadang2 kena interview face-to-face kat tempat awam, kadang2 just interview by phone je. Antara produk yg pernah aku survey ialah deodorant. Ada soalan dia berbunyi,

”Berapa kalikah anda memakai deodorant dalam seminggu?”


Kalau orang tu biasa pakai, mesti selamba je jawab 7 kali seminggu kan. Tapi bila orang yg jarang pakai, diorang akan rasa malu2 nak jawab, dan ada yg terus letak telefon sebab xnak jawab, hampasgas tul laa... Sesiapa yg rasa berminat nak try buat keje ni part time, try laa cari kat Company Synovate ke, AC Nielsen ke... menarik gak sebenarnye kerja nih.. :)

Owh, mata dah terlalu mengantuk, badan penat giler ni… Tadi keluar office kul 9.30pm tu, so rasanya masanya telah tiba untuk Beta beradu, semoga bermimpikan dapat buat ”Project Alpha” dengan Lisa Surihani lagi pada malam ini….

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Monday, March 22, 2010

Cantiknya gadis Rambong! + Restoran Rasa Sayang

Balik dari kenduri kawen, tertekan channel TV1 lalu terrrtengok cite Rambong. Memula tengok nampak zulhelmy. Erm, biasanye cite mamat ni, mesti OK punye... So, layan ja laa. Eman manan pun ada, dan sumber tarikan yg seterusnya semestinya pelakon baru yg sungguh cantik manis menawan ini...




source: http://www.budiey.com/zul-huzaimy-eman-manan-dalam-drama-rambong/
Jalan cerita pun not bad laa.. agak unik... especially time 2ekor samseng jalanan tu kena tanam hidup2, hoho... Untuk maklumat lanjut sila pergi ke blog backlink di atas... :)
 
Tempat Makan Best - Rasa Sayang

Haritu makan lunch kat Rasa Sayang. Pada sesape yg tak tahu, restoran ni dekat je dgn KLCC.
Ada Set Lunch Nasi Beriyani + Lassi Oren RM15 je... Sangat berbaloi-baloi-baloi... antara yg terbaekk pernah aku makan...

Location : Rasa Sayang Restaurant, No 33, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Telephone : 603-2289 0988

Kat sini laa lebey kurang tempat die... Kalo dari KLCC, tengok belah kanan.



alamakk, gambar lupa nak transfer dari Handphone plak... takpe laa, gambar nasi briyani korang dah tau camne kan... ahaks...

Friday, March 19, 2010

Pengalaman Memalukan Semasa Kecik Dulu...

Tempat : Kampungku, Besut
Tahun: Terpaksa dirahsiakan untuk menjaga aib diri sendiri... :p

Kalau tidur kat kampung mesti sejuk giler walaupun xde aircond. Bila sejuk, rasa malass giler nak bangun daripada tidur kan? Nenek @ Opah memang rajin gerak cucu2 beliau yg sangat2 degil ni..

Nenek : Bangun2...
Aku     : Herm.. sambil geliat2 malas..

Ayam  : KoK keReekk Kooookkkk... !!


Nenek : Hah, ayam dah lama berbunyik, Subuh nak abis dah ni ! KAMU NAK MASUK NERAKA KE?
Aku    : Haa? Subuh nak abis dah? (kena cepat bangun ni, nanti masuk neraka giler xbest...)

Lalu berjalan laju2 ke tandas.
Pintu tertutup rapat, menandakan ada orang.
Aku nak kencing sebenarnya ni.... Tapi xpe ah, tahan je laa, baik smayang dulu, kalo x, masuk neraka nanti...
Amik air smayang kat perigi, n b'gegas gi smayang...

Solat xkhusyuk sebab menahan keinginan yg satu tu.... Sampai je Tahyat Akhir, aku dah xdapat bertahan, belum sempat nak bagi salam, ada cecair yg keluar laju dari satu organ "you know where"... SHuuuhhhhh....



Habis satu kampung gelakkan aku!

"Budak lain paling teruk pun kencing atas tilam, tapi Ko kencing atas Sejadah!!  Hahahahar... "

Aku : Biarlah, orang xnak masuk neraka... :p

p/s: Tu masa kecik laa, skang? Heheheh... bila laa nak insap ni?

Wednesday, March 17, 2010

TIPS UNTUK DAPATKAN EARNING NUFFNANG

Sudahkan anda meletakkan 3 Banner Iklan Nuffnang kepada Blog anda? Kalau sudah, xperlu baca Post ini, huhu...
Kalau belum, sila teruskan pembacaan anda. Rupa-rupanya setiap Iklan tu, lain company yg sponsor nye, so kena letak tiga-tiga iklan barulah earning cepat sikit. Thanks to Cik Zatie http://ezzati-mytruelife.blogspot.com/ for that's info.

Sebelum ni, aku just letak satu je iklan Nuffnang dekat tepi Sidebar tu, sebab senang, pegi je kat Page Elements, pastu add Widgets.






Nak letak lagi 2 iklan macam susah je, sebab xde butang add widget dekat Header atau tempat Post. 
Rupa-rupanye kalau nak tahu tips camne nak letak lagi 2 iklan tu, ko just kena klik kat ikon Blogger dalam webpage Nuffnang seperti gambar di bawah.




Baru aku tahu yang kita kena pergi dekat Section EDIT HTML, dan ikut je arahan die. Aku pun xreti sangat coding2 ni, tapi instruction die quite easy laa...


Selamat mencuba ~ (wah, rasa cam rancangan kanak2 riang di pagi sabtu plak...) :p

Monday, March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

My Favourite Surfing Spot is definitely in my home, as I can surf while watching TV, drink my favorite 3in1 instant coffee, and even while eating Nasi Goreng Bujang (secret recipe :p ) Hohoho…


Pernah suatu ketika dulu, aku xde modem, so sempatlah merasa zaman kegelapan internet dalam setengah bulan kot. Time ni, aku biasanya surfing kat Rafi Bistro. Laju gak woo, lagi laju daripada wifi kat Starbuck Plaza Masalam. Serious… Tak tahu laa kalo wifi pun mamak tu bole jampi2 ke, letak kas-kas ke… huhu..

Dan pernah aku nak check email sekejap je, dan sangat “rushing” sampai xsempat nak singgah ke kedai mamak pun, maka aku dengan selambanya parking kat tepi sebuah kolej swasta M** di Shah Alam, dan mengconnectkan laptop aku dgn wifi kolej… Hahahar… Bijak kan? Bijak.. bijak….




When surfing, i usually go to www.mangavolume.com , as I can read online comic such as Naruto, One Piece (Budak Getah) , Eyeshield21, etc. Watching the anime is definitely more fun, but my curiosity make me surfing this website as it is more advanced compared to the anime. I already have read how Sasuke Vs Itachi, Sasuke vs Danzo, and what is the real reason Itachi kill wipe out his own entire Uchiha clan. Hohoho… If anyone knows other good manga websites, kindly share lor…. :p

Other favourite websites are:

- www.gengblogger.com : My directory for archieve of malaysian’s blogger

- My Blog’s follower’s blog : Can check out their latest update.

- Youtube : Can search karaoke video, and sing my heart out! La la lala… ~


**Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Sunday, March 14, 2010

Mencari Jodoh Online


Mengayat awek bukannye susah sangat. Masalahnya nak jumpa awek yg ko rasa sesuai dengan ko, tu yg susah tu. Orang kata, biasanya jodoh kita ada dekat2 dengan kita je, bukan jauh2. Tapi yg dekat2 dengan rumah aku ramai Chinese je, camne tu?

Kalau nak cari awek dari "kawan kepada kawan" pun ok gak, tapi masa nak jumpa tu limited pada majlis2 kenduri kawen, birthday party, Rumah Terbuka je, so kebarangkalian untuk jumpa tu, agak terbatas. Jadi apa ikthiar lain?

Ada yg mencari jodoh kawan melalui laman2 sosial spt Friendster Facebook, http://www.ehoza.com/, syok.org, dan sebagainya. Masalahnye bila online ni, kadang2 bukan boleh percaya sangat... Aku pernah dapat gambar camni... menarik kan? heheh...



Bukan "barang" je baik rupa dia pun not bad gak laa.. ...........................................................................................................................................................


..........................................................................................................................................................



Hahahar... haru haru....

P/s: Look can be deceiving... :p

Saturday, March 13, 2010

Entry/Post yang terbaekk pada minggu ini... Layann~ Zasss~

Setelah meng"spy"2 blog2 korang sume, di sini ada beberapa Entry/post yg sangat menarik bagi aku, hohoho...

 

 

 
Presenting... The best link award for this week.... drum roll please.... TADAA...

 
1. http://helenalatisha.blogspot.com/2010/03/kalau-ini-terjadi-kat-kamuapa-kamu.html
  • Pengalaman klakar minah ni kat stesen minyak, sila gelak dgn cara tersendiri... Hahahar, hohoho.. muahahaha, etc.
2. http://ezzati-mytruelife.blogspot.com/2010/03/kebaikan-berciumkisskiss.html
  • Hurm, boleh caya ke info pasal kissing2 ni... "fakta atau auta ana pun tatau.." <---cuba ulang ayat ni 10x laju2, test terbelit lidah ke x... :p
3. http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/
  • Sila tengok Entry dia yg bertajuk "Anas Tahir - Internetainer Malaysia". Layann gak tengok youtube giler2 adik faizal tahir nih...



Enjoy ur weekend guys... chow!

Thursday, March 11, 2010

Mari melalak di Karaoke Amp Square Sunway Pyramid ...

Sekadar nak share tempat karaoke yg best dgn korang...

Bagi aku, kalo nak karaoke, tempat ni laa yg paling sesuai sebab die punya status tengah2 antara karaoke jamban dengan RedBox. Kalau karaoke jamban tu, sound system teruk, n kalo suara xsedap, memang segan sket laa sebab boleh kedengaran sampai ke luar n orang boleh nampak kita, huhu... :p

Redbox/Greenbox pulak memang laa best giler, tapi harga pun agak best mahal laa. Amp Karaoke ni dari segi kemudahan memang setaraf dengan Redbox, cuma collection lagu2 dia tak complete macam Redbox...

Di atas, ialah Rate Package yg ditawarkan...
PERINGATAN: Kalau diorang offer tidbits, sila tolak dan cakap xmau, sebab harga 1 kerepek saiz kecik ialah RM8! Sungguh xberbaloi kan, huhu...


Contoh bilik

Q: Apa die dulu 1, skang 2, kitorang 4?
A : Jawapannye ialah bilangan org yg diperlukan utk menyanyi lagu "Lagu Untukmu" dari Meet Uncle Hussein.
Sebab penyanyi asal dia sorang je kan (Lan), pastu bila Lan berenti, diorang duetkan Black dgn Vokalis Baru diorang, n bila kitorang nyanyi lagu tu, kena pass2 Mic smpai sume 4 orang nyanyi... HAHAHAR... seksa siot lagu tuh...




penuh perasaan kan ? huhu...



comel n cool... macam aku,ahaks.. :p

P/s: Hidup biar sedap... ~

Wednesday, March 10, 2010

BAGAIMANA CARANYE UTK MENJAUHKAN DIRI DARI EX-GIRLFRIEND...(hanya utk bacaan lelaki sahaja)

BAGAIMANA CARANYE UTK MENJAUHKAN DIRI DARI EX-GIRLFRIEND...(hanya utk bacaan lelaki sahaja)



Ada satu cara ni yg cukup berkesan! Malah ianya juga boleh digunakan oleh Suami2 yg malas nak ikut isteri diorang pergi shopping.................Tapi, bila difikir2kan balik, cara ni jugak boleh menarik perhatian gadis2 dan janda2 jika dipakai oleh org yg SINGLE! (pasti kelihatan gagah, tapi memerlukan keberanian yang tinggi laa...)...............................................................................................................................

Aku xsure apa hukumnye kalo buat mende ni (kena tanya mufti kot), kalo korang nak buat mende ni, dosa pahala tanggung sendirik laa yek.....................................................................................................................................................................................................................................................................

Caranya ialah dgn memakai T-Shirt ini --->




Kreatif kan? HAHAHAHAR...  :D

P/s: jgn mare aa...

source: email

Tuesday, March 9, 2010

Energizer Night Run Race Rehearsal : Taman Kosmopolitan, Kepong

Korang tak tau ke kat mana Taman Kosmopolitan, Kepong? Ala, taman tasik yg selalu orang main layang2 sebelah MRR2 tu... Mesti sekarang baru tahu nama tempat tu kan, huhu...

Last sunday, aku meneruskan misi rehearsal training EnergizerNight Race Fasa ke-2. Berjaya jogging tasik tu 2 round, so mission accomplished laa. Tasik ni memang cantik, cuma yg spoil nyer ada 1,2 tempat tu berbau sampah. Kepada pemancing2, aku diberitahu kawasan ni kaya dengan ikan lampan yg kelaparan, cuma saiz kecik2 sahaja.


ni plak si nasa


Hasil jogging, terasa ada muscle yg "menarik", dan mengeras kat bahagian peha.

Dan aku rasa peha aku dah semakin seksi... hahahahar... :p


*** bye ***

Monday, March 8, 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM


KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM






"Ini keris dari zaman pahlawan Majapahit, ayah dapat dari Daerah Nering, Yogjakarta”

”Cantiknye ayah... Tapi ni macam ada kesan darah je.. xnak basuh ke ayah?”

”Eh, kesan ni memang tak akan tanggal punye, biarkan je... barang antik memang macam ni.... ”


Ya, ayah mempunyai hobi mengumpul barang2 antik termasuklah keris2 lama. Dan ada orang kata keris lama ni kadang2 ada penjaganya, tapi aku tak pernah ambik peduli. Sehinggalah suatu malam....

Malam itu aku tertido awal di dalam bilik, dan dalam pukul 3am, aku terjaga. Rasa sejuk giler, lalu aku tutup tingkap bilik yg luas terbuka. Memang kebiasaan aku membuka tingkap untuk mendapat pengaliran udara. Cuba untuk tidur kembali, tapi masih rasa sejuk yg lain macam. Inikah rasa seram sejuk? Bulu roma pun naik mencanak2. Terasa sedikit berdebar2.

Baik aku pergi buat air susu dan minum.Baru je aku nak menjejakkan kaki ke lantai, aku terpandang sesuatu dalam kesamaran di atas pintu bilik aku. Bila diteliti, aku tergumam.

*** Sesusuk nenek kebayan tua sedang melekat betul2 di bidai atas pintu bilik aku!
** Sambil tersengih, memandang aku...



Aku terus membatalkan niat untuk turun dari katil dan menyelimutkan diri sampai ke kepala.
”Shit! Ape aku nak buat ni? Kalo aku lari keluar, aku kena lalu kat bawah nenek tu!!
Dan kalau aku stay je kat sini, nanti kalau dia turun dan datang kat aku camne?!
Kalau nenek tu datang dan tidur sebelah aku???”

Dalam kebuntuan, kedengaran satu suara...

”Eshh.. eshh... Usah sembunyi Cu.... Nek tahu Cucu dah nampak .... eeeiisshhhh”

Menggeletar seluruh badan aku...
Aku nekad, aku mesti keluar dari bilik. Lalu aku terus lari ke arah pintu tanpa cuba membuat sebarang eye contact dengan Nenek tu. Kupulas tombol pintu ke kiri, tak terbukak. Ke kanan pun tak terbuka. Dari lirik mata, aku dapat nampak nenek itu mulai turun perlahan-lahan.

Panik.
Aku tendang pintu sekuat hati! Tak berkesan. Lalu teringat secara saintifiknya memang pintu tu tak akan terbuka kalau ditendang dari dalam kerana posisi engsel dan design daun pintu direka begitu. Ikhtiar terakhir, aku takbir.

ALLAHUAKBAR!

Lalu ku pulas tombol dan kutarik sekuat hati. Barulah pintu terbuka, dan terus aku berlari ke bilik ayahku. Ayahku hanya mampu beristighfar panjang, dan bila dia check bilik aku, nenek tu dah takde, dan tingkap bilik aku sudah terbukak kembali ~

Tak lama lepas tu, ayah aku jual keris antik yg satu tu...


------ TAMMAT -----

Sunday, March 7, 2010

PENGUMUMAN! Kepada pelanggan2 setia SS2 sri murni...

Aktiviti Weekend 1:

Aku baru tahu mende ni Jumaat lepas, bila aku pergi SS2 Sri Murni, rasa cam pelik sket.. Sebab apa meja xbanyak macam dulu? Rupa2 MBPJ dah kuatkuasakan arahan pd restoran ni utk letak meja maksimum hanya 20 meja shj, kalo x diorang akan sita satu kedai trus... WTF!



Apa salahnya kalo lebih 20 meja? Bukannye menghalang kedai2 sebelah tu pun, sbb mmg malam diorang dah tutup... xpaham2.. Politikus btul la...

Hasilnya, terpaksalah aku terpacak menunggu turn... sungguh demn skali...

Tapi kesabaranku ternyata berbaloi-baloi-baloi-baloi.... :D
Akhirnya dapat menikmati PIZZA DRAGON! Kelazatan intinya sungguh tak terkira...
Harga pun rm17 je dgn air Honeydew Special..



Sesape yg xpernah pegi tempat ni, mmg rugi laa sebab terlepas salah satu nikmat dunia, hahahar...
Korang just google je nama restoran ni, sure ada petanye...

Btw, yg ni plak namanye Roti Hawaii...
Bole tahan gak laa rasa die...



Lain2 menu special kat sini ialah Mee Raja, Spagheti Seafood, Double Lamb Chop...
Kalo ada sape2 nak suggest dish yg korang suke kat sini, sila2 lah komen yek..

..... Zass..~

Thursday, March 4, 2010

Teka Teki : Kenapa Tiger Wood menjadi sex addict?

Teka Teki



Q: Kenapa Tiger Wood menjadi sex addict?


A: Sebelum saya memberi jawapan kepada teka-teki itu, ingin saya menggoreng sedikit tentang isu skandal tiger wood ni... Sebenarnya Tiger Wood ni lah contoh terbaik kenapa Islam membenarkan lelaki berpoligami berkahwin sehingga 4 orang isteri. Ini kerana beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan nafkah batin (malah terlebih2 mampu). Jadi, kenapa perlu kedekut dgn hanya membahagiakan seorang wanita sahaja jika beliau boleh membahagiakan 4 orang wanita?

Malah, dengan berkahwin 4, beliau bukannya hanya dapat berseronok memuaskan nafsu tetapi juga terpaksa memikul tanggungjawab kepada 4 orang isteri dimana mesti memberi tempat tinggal, menjaga kebajikan anak2, etc. Dan jika tiger wood meninggal dunia, keempat-empat keluarga mempunyai hak yg sama ke atas harta beliau.

Kalau beliau hanya berskandal, 3 wanita yg lain tu hanya dapat benefit yg sedikit dan sementara, dan kebajikan mereka utk long term tidak terjaga....

Kan? Kan?



OK, berbalik kepada soalan teka-teki tadi, jawapannya ialah...

Sebenarnya pada masa Tiger Wood kecik2 dulu, dan baru nak belajar bermain Golf, dia punya Coach telah mengajarnya satu jampi mantera mudah. Coach dia suruh dia ulang2 mantera tu setiap malam, agar apa yg dihajatinya itu akan tercapai (lebih kurang macam doa la ni... ) .Mantera itu berbunyi :

”Bila jumpa lubang je, aku mesti masukkan ke dalam lubang” !
”Bila jumpa lubang je, aku mesti masukkan ke dalam lubang” !!
”Bila jumpa lubang je, aku mesti masukkan ke dalam lubang” !!!!

Maka, hasil doa mantera setiap hari, walau apa2 lubang sekalipun, Tiger Wood biasanya akan berjaya masuk kedalamnya (tidak terhad kepada lubang golf sahaja).



p/s: Sape2 yg xfaham lawak orang dewasa ni, xdapek den nak nolong eh... :p

HIGH DEFinition Humors :)

Act, I've read this a long time ago, but when received it again recently, found it still able to make me smiles... :)

MARRIAGE:
It's an agreement wherein a man loses his bachelor degree
and a woman gains her master

LECTURE:
An art of transmitting Information from the notes of the lecturer to the
notes of students without passing through the minds of either



CONFERENCE:
The confusion of one man multiplied by the number present

COMPROMISE:
The art of dividing a cake in such a way that
everybody believes he got the biggest piece

TEARS:
The hydraulic force by which masculine will power is defeated by feminine water-power

CONFERENCE ROOM:
A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on

CLASSIC:
A book which people praise, but never read


SMILE:
A curve that can set a lot of things straight!


YAWN:
The only time when some married men ever get to open their mouth

EXPERIENCE:
The name men give to their Mistakes

POLITICIAN:
One who shakes your hand before elections
and your Confidence Later

CIGARETTE:
A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end
and a fool at the other!

----- TQ ----

Wednesday, March 3, 2010

Pendedahan eksklusif FAHRIN...~ + Gunung Kinabalu Part 2


Kenapa FAHRIN menangis? Mana laa aku tahu...
Hahahar.. gambar ini hanya sekadar selingan semata-mata..
Dan utk membuktikan kenyataan dlm profile aku di sini :p --->


Ok, sambung balik pasal KK part 2...
3:00am - Bergerak menuju puncak. Bermulanya pendakian yg lebih mencabar, menggunakan tali utk mendaki lurah2 curam. Terasa seperti Tom Cruise dlm cite Mission Impossible. Barulah layannn ~

Halangan mental yg dihadapi ialah kepenatan + kesejukan yg melampau. Dek kerana hanya memakai glove kain, tangan aku hampir membeku. [Tips:Belilah Glove yg mahal agar selesa tangan anda di sana.]

Akhirnya, bila sampai di puncak, lawa giler view di atas sana. Pemandangan yg tak akan dapat dilihat di tempat lain. :)




Then, kitorang pun turun dari puncak n lunch dekat Laban Rata. Lepas mandi, kitorang terus menuruni lembah dgn kepantasan yg laju. Terima kasih kepada encik graviti + momentum.
[Tips No 12: Pakailah kasut hiking yg tebal tapaknya agar tidak sakit tapak kakimu pabila memijak batu2 yg keras itu]

bersambung...

Tuesday, March 2, 2010

Anniversary Gunung Kinabalu yg pertama.. (Part 1)

Tanggal 27Feb2010...

Bukannye aku buat wedding kat puncak gunung Kinabalu, cuma tarikh ini menandakan genap nye  setahun anniversary trip pendakian Gunung Kinabalu aku pd tahun lepas... Sememangnya kenangan manis yg lebih manis drpd kencing manis.

Mengimbau kembali saat pertama sampai di kaki gunung tu, aku mencongak2, melihat puncak KK yg tersergam tinggi tue, boleh ke aku naik sampai puncak ni?? huhu..

Dengan semangat waja dan berbekalkan sebatang kayu sebagai tongkat, dgn menggalas beg yg amat berat [Tips Pendakian No 13: jangan sekali2 membawa beg yg berat...], kitorang pun start mendaki pada pukul 10am.


Start naik, memang macam jungle trekking je,cuma tangga2 dia memang kena langkah langkau tinggi2. First 2km, dah terasa pancit... nasib baik laa ada pondok2 kecik setiap 500m kalo xsilap, bolehlaa take5 utk makan n minum kejap, ditemani tupai2 chipmunks yg kecik lagi comey...
[Tips Pendakian No 6: Sila bergambar di lokasi2 yg ntahapehapentah utk menghilangkan rasa kepenatan]

Tempoh pendakian mmg lama, 1jam.. 2jam.. 3jam.. 4jam.. 5jam... 6jam! Baru Sampai Laban Rata!
Kalo drive, dari KL dah sampai Kelate dah...



4:00pm- Setelah mendaki lebih kurang 6km, terasa sungguh nikmat dpt berehat2 di Laban Rata.
                Kat Rest House ni ada heater,so dpt tido dgn lena sekali.

2:00am- Bangun tido, dan bersiap2 utk mendaki ke puncak. 2km more to go... ganbate!!

... to be continued ~