Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Saturday, February 11, 2012

Jom join Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012 : 25 Februari 2012

Korang tak bosan ke dengan rutin tengok wayang je di hujung minggu? Jom laa join masuk program ala2 Amazing Race nih...

Aku dah pernah masuk tahun lepas, memang best giler beb!! Ada kena jawab soalan kuiz yg mencabar minda, and ada game2 fizikal ala2 "Running Man"... :p

Ada main sumpit, balance bendera guna kepala, tarian singa, ikat kalungan bunga tanjung india, menari tarian iban, etc etc..


Terhad kepada 200 orang peserta sahaja...


RM50 untuk 2 orang peserta dalam 1 kumpulan

Borang penyertaan boleh di ambil kat Link nih : Menara KL Official Website

SPOILER ALERT!! Ending of the famous comic Naruto has being leaked : Naruto will be the 7th Hokage but ....

Sewaktu aku berjalan-jalan mengambil angin malam di daerah Okamoto, aku terjumpa Masashi Kishimoto (penulis/pelukis) Naruto dalam sebuah Sake Bar. Waktu tu mamat ni dah separa ting-tong (mabuk), lalu aku pun tanya lah kat dia camne ending komik Naruto ni nanti?

Dia kata, " ナルト対サスケ...自分の犠牲が彼の本当の友人であるためにナルトは死ぬ。その後、サスケ悔い改めといいですね。しかし、それでもまだ、彼は彼のサービスの記 "

" Naruto lawan Sasuke... Naruto  mati korbankan diri demi sahabat sejati nya itu. Maka, Sasuke insaf dan jadi baik. Namun Naruto tetap diangkat sebagai Hokage yg ke-7 sebagai memperingati jasa beliau. Dan Sasuke menolak tawaran menjadi Hokage sebaliknya memberikannya kepada Shikimaru"

Sekian... Sila jangan percaya...  :p

Saturday, January 21, 2012

Apa beza cara orang syiah solat

Pernah sekali aku hampir nak lantik sorang brader ni jadi imam, tapi tak jadi bila nampak ada batu kat tempat sujud dia... Bila diperhatikan, mmg dia sujud atas batu tu.. Confirm Syiah la ni..


Sedikit info pasal Syiah:

1. Mereka Solat dengan tangan diluruskan di sisi (tak letak kat perut) dan sujud atas batu Karbala
2. Mereka solat 3 kali sehari je ( Subuh, Zuhur jamak dgn Asar, Magrib jamak dgn Isya')
3. Mereka mencaci sahabat2 Nabi yg lain kecuali ahli keluarga Nabi
4. Mereka menganggap orang Ahli Sunnah sebagai najis dan halal dibunuh...

Wallahua'lam...

Monday, January 16, 2012

Petua memilih limau manis...



Setelah berdiskusi dengan rakan2, dan melakukan eksperimen2, maka inilah konklusi yg dicapai.
Terdapat 3 ciri utama limau yg confirm manis iaitu :

1. Tangkai yang dah timbul (lagi tinggi, lagi manis)
2. Kalau dipicit2, terasa ada longar2 (seperti ada ruang kosong di dalam)
3. Masa kulit dikopek, kalau senang untuk kopek, maka mesti manis...

Silalah try petua ini, dan bagi komen betul tak? Mesti betul punya... :)