Teori yang dicadangkan ialah Arwah Bekas ADUN telah menembak Siti Rohana sebanyak 2 kali, lalu membunuh diri beliau sendiri dengan menembak diri sendiri di bahagian kepala. Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa beliau berbuat demikian? Adakah ianya memang sudah dirancang dari awal?
Atau rasa amarah yang tiba-tiba, telah membuatkan arwah hilang kawalan diri, lalu menembak Siti Rohana? Setelah menyesal, arwah mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menanggung aib di kemudian hari?
Rasanya kita tak akan mendapat sebarang jawapan yang tepat.
Namun, iktibar yang aku rasa boleh kita ambil dari peristiwa ini ialah......."Keberkatan Hidup!"
Bukannya nak menuduh apa-apa. Cuma ini ialah bukti yang mereka yang kaya raya itu tak semestinya hidup bahagia seperti yang kita sangka-sangkakan...~
Dan ingatilah mati. Semoga dijauhi kematian yang mengaibkan sebegini.
Al-Fatihah buat kedua-dua arwah ~