Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Saturday, July 3, 2010

Sayangku telah pulang ke pangkuanku...

Akhirnya sayangku telah pulang ke pangkuan,
Seronok bila dapat membelai kulitmu yg putih melepak itu,
Aku tahu ramai yg melihat dengan rasa jeles,

Hubungan kita baru je mencecah setahun lebih,
Tapi masa sepatutnya kita celebrate ulang tahun yg pertama, ko merajuk!
Sebulan kita tak berkomunikasi, ko diam menyepi seribu bahasa,
Puas aku pujuk, namun tak berjaya.

Akhirnya aku pergi klinik, biarlah berhabis wang ringgit demi mu.
Dan akhirnya ko kembali, dengan ceria, dengan bahasa baru...

Bahasa yg bernama Windows 7.
Ye, sayangku adalah sebuah Laptop Putih HP Pavilion DV2000 yg baru diformat....

P/s: Entry ini tiada kaitan dengan kisah ini


Sayang-ku ~

Jangan maree aa... Wakakaka.. :D

Friday, July 2, 2010

Al-Fatihah dan Yaasin buat adik kepada rakan blogger

Adik kesayangan seorang kawan rapat juga seorang rakan blogger,  Mohd Fadzali Mat Yacob kembali ke rahmatullah 30/06/2010. Aku juga sempat mengenali arwah sewaktu bersama-sama mendaki gunung kinabalu. Arwah memang seorang yg ceria dan peramah... 


Marilah kita beramai-ramai menyedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin kepada arwah.

Aku pun dah agak lama tak baca surah Yaasin ni, so kesempatan ini mengingatkan kepada kita yg masih hidup ini supaya beramal. Ajal Maut ni macam buah kelapa, bukan buah kelapa yg tua je akan gugur, tapi yg muda pun, sekali sekala akan gugur.



Arwah meninggal disebabkan kemalangan. Jadi, berhati-hatilah sewaktu memandu... Ayah saudara aku, kalau nak memotong tempat bahaya, dia akan membaca bismillah... Sama2 lah kita amalkan mende ni gak... 


Untuk memberi sokongan moral kepada rakan blogger kita, cik Zati , semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.. 


http://ezzati-mytruelife.blogspot.com/


P/s: Moga2, bila kita bertemu ajal, ramai jugak rakan2 menyedekahkan al-fatihah kat kite...

Pengakuan jujur Lisa Surihani...

Aizat : Aku harap Paraguay menang lawan Spain. So, Argentina akan jumpa Paraguay lepas ni... Senang sket nak menang kalo lawan Paraguay... Pastu Uruguay pulak tetiba kalahkan Brazil... Maka Final Argentina lawan Uruguay je... konpem Argentina menang ahh camni...

Rashidi : Ek elleh, ape daa... xde semangat kesukanan langsung... Kalo macam aku sebagai Penyokong German, aku harap lawan2 aku lepas ni, semuanye power2 belaka.. baru laa game best... mencabar... Bila menang nanti, baru laa bole mendabik dada bahawa German is the Best!!

Lisa Surihani: Erm, kalo camtu nampak sangat Argentina ni tak kuat lah... Hahahar... Hidup SPAIN!! Sayang En. Amin !! :p

P/s: Eh eh... apekah? :p

Thursday, July 1, 2010

Siaran RTM TV1 Malaysia - Jadual Quarter Final World Cup 2010 + Bear Celcom German Spain


Netherlands vs. Brazil - 2 Jul 10:00pm  (Kuala Lumpur) - SIARAN TERTUNDA 12:00am-2:00am TV1
Uruguay vs. Ghana - 3 Jul 2:30am  (Kuala Lumpur) - SIARAN LANGSUNG TV1

Argentina vs. Germany - 3 Jul 10:00pm (Kuala Lumpur) - SIARAN LANGSUNG TV2

Paraguay vs. Spain - 4 Jul 2:30am  (Kuala Lumpur) - SIARAN TERTUNDA 04:30am-7:00am TV1

P/s: Pasukan Pilihan hati = GERMAN + SPAIN !!! :)

Gambar Bear Celcom German yg dicurik dari cik liyanaa yg comel

Aku ada jugak niat nak beli Bear Biru Celcom edisi world cup ni, tapi tak bole sebab kena register/redeem guna celcom... Ambo pakai maxis, guano deh? huhu...
Bear Celcom Spain yg dichilok dari encik azizwan yg gagah perkasa... :p