Followers

Al-Quran yang interaktif & berinformasi !!

Iklan susu cap junjung... ~

Sunday, December 23, 2012

Review on Jualan Murah Buku Big Bad Wolf 2012

Ayat Al-Quran yg pertama ialah Iqra' bermakna "Baca lah"...

Maka, tentu banyak faedah/hikmah membaca ni kan. You will never be a same person after you read a book, sebab knowledge dari buku tu akan merubah tahap pemikiran/pengalaman korang walaupun sedikit...

So, jom lah kita ke Big Bad Wolf... Hari ni last day 23/12/2012. LINK kat sini.

Biasanya jadi Wolf yg lapar mencari santapan perut/nafsu, Big Bad Wolf ni utk jadi Wolf yg mencari santapan minda... wakakak... ^ ^

Buku banyak ni = RM80 sahaja !! 

Kalau harga biasa, 1 buku dalam RM30, kat Bigbadwolf ni 1 buku dalam range Rm5 & RM8 sahaja!!
Memang jimat...~

Organizer pun mmg bagus, walaupun ramai orang, tapi sebab dewan tu besar, tak crowded sangat. Sangat selesa, dan beratur pun xpanjang...

Macam mana diorang boleh dapat untung dengan jual buku harga murah giler macam ni? Diorang guna concept mass-volume. Maybe diorang amik untung just RM1 untuk 1 buku. So, kalau 80% terjual daripada 3 juta buku, dah berapa? Huhu... 

Sebabkan aku sangat suka event ni, aku siap letak sticker logo diorang kat kereta aku (konon).. wakakak..:p


Adios ~





Wednesday, December 12, 2012

Property Market Survey : Kristal Height Sek 7 Shah Alam, Malaysia

MS001: Kristal Height Shah Alam
Lokasi : Seksyen 7, Shah Alam
Date : 11th Dec 2012



Current Market Value : Range from Rm310k-360k
Original Selling Price : who know?
Estimated Monthly Bank Loan : Range from Rm1500 - 1800

Market Rent : Range from Rm1400-2000 (fully furnished) monthly

Features:
  • 3 Room  + 2 Bathroom, 1000 Square feet
  • Free 2 parking

Best Case Scenario: Profit Rm500 ( Rent 2000 - Montly bank loan Rm1500)

Source: mudah.my

P/s: Sila komen kalau ada info yg salah

Friday, November 23, 2012

Burger Bakar : Alternative to McDonalds in Malaysia

Hi Guys,
Just to share a few Burger Bakar restaurant/stalls that can be an alternative to the mainstream burgers food chain in Malaysia..

Lagipun, patty burger bakar ni lagi banyak kandungan daging nya kalau nak compare kan dengan patty burger2 fast-food tu (ada rumours cakap dalam 30% je sebenarnya)...

Boleh click link kat title untuk pergi ke official website berkenaan...



1: Burger Bakar Kaw Kaw  

(Click HERE)
Lokasi : Wangsa Maju Sek 2 & Sek 5, Puchong, Mentara@Tiara Ampang.

2. Burger Bakar Abang Burn

Lokasi : Ampang, Kajang-Bangi, Kota Damansara, Nilai, Johor Bahru, Sunway-Subang Jaya, Seremban & Shah Alam.


3. Rawang Burger Bakar 

Lokasi : Wangsa Maju Seksyen 5

4. Burger Bakar Black Paper

 Lokasi : Taman Melawati

 Lokasi : Seri Kembangan

Ada banyak lagi kedai2 lain... Korang boleh search kat facebook or google.. 



Selamat menjamu selera ~

Cara simpan ear phone yg GENIUS!!

Biasanya kalau aku nak pakai earphone dalam LRT, mmg leceh nak un-tangle kan wayar2 yg  berselirat tuh..
Luckily, i found this method dalam facebook...


Memang sgt2 efektif... ;)

Sunday, October 28, 2012

Kenapa Ronaldo terer main bola sepak? Video saintifik cara tendangan percuma, etc.

Setelah melayan video official dari CASTRO nih, bertambah rasa kagum aku pada Ronaldo...




Yang paling best, part dia score dalam keadaan gelap tu... Respect2... :)


Friday, August 31, 2012

Warkah wasiat buat isteri

Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri..~


Pertama dan Kedua : 
Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.

Ketiga dan Keempat : 
Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

Kelima dan Keenam : 
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan waktu makannnya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.

Ketujuh dan Kelapan : 
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.

Kesembilan dan Kesepuluh : 
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.


Source: Majalah Solusi isu no 42 : Pasrah dengan Istikharah (online) 


Sunday, July 15, 2012

Pameran Hartanah Bumiputera 15 July 2012

Untuk mendapat pembelian hartanah (sama ada untuk investment/own-stay) yang berbaloi, memerlukan effort untuk menganalisis market value pasaran sekarang. So, marilah kita menambahkan ilmu property kat pameran hartanah PWTC ni : 

  • Date:  14 & 15 July, 2012
  • Venue:  Legar Putra, Putra World Trade Centre (PWTC)
  • Time: 10:00 am to 07:00 pm

Monday, June 25, 2012

Faedah memaafkan orang lain...

Bila memaafkan  sebenarnya ianya untuk kita, bukan utk orang. Setiap kali dibuang emosi marah, benci, dendam, maka kesihatan fizikal, mental dan rohani akan meningkat.


Eg: Kita sakit hati dengan si A. Setiap kali dengar nama si A, atau terfikir pasal si A, kita akan rasa sakit hati. Bukankah rasa sakit hati tu membuatkan jiwa kita rasa x tenang?
Cuba bayangkan kalau kita maafkan si A, bila kita dengar nama si A, kita akan relax n cool je... Jadi hati/emosi maintain tenang dan hidup akan lebih happy :)

Sbg manusia, kita pun pernah buat kesilapan/kesalahan secara sedar atau tidak sedar. Kita pun nak orang lain maafkan kita kan?

Tu belum kira kesalahan yang kita buat kat Tuhan.. Kalaulah Tuhan tak nak maafkan kita??

Renung2 kan... ~

Saturday, April 14, 2012

Jom beli rumah kat Midvalley...

Sesungguhnya terdapat Expo beli rumah kat midvalley weekend nih...



Bumiputera Property Exhibition 2012 (BPEX 2012)


  • Date: 13-15 April 2012
  • Venue: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
  • Time: 10:30 am to 09:30 pm
Sila lah datang yek.. Kalau pun belum mampu lagi, at least akan jadi motivation utk beli rumah... Kalo duit tak cukup, kena pikir kan cara camne nak buat cukup... (kerja kuat utk naik pangkat, tukar tempat kerja, or buat kerja sampingan....)

Adiosss... ~

Wednesday, April 11, 2012

Idea Proposal yg menarik..

Aritu masa jalan2 kat Pavilion, tiba2 perasan skrin yg selalu tayangkan iklan kat kaki lima tu tayangkan something different..

Guess what?? Ada orang buat video propose aweks dia..

Giler romantik ah.. :)

Apa lagi idea proposal yg menarik ek? Hurm... ~


Tuesday, April 3, 2012

Falsafah Selasa: Santapan minda



Jika gaji kita RM4000, tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM7000, Allah SWT akan berikan beza RM3000 itu sama ada dalam bentuk duit, anak soleh, suami/isteri soleh/solehah, hidup bahagia dan lain2.

Jika gaji kita RM4000, tapi kita kerja malas macam gaji RM2000, beza RM2000 itu Allah akan tarik sama ada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya...

Maka, carilah keberkatan dalam sumber yang kita dapat...

Sumber: Adaptasi dari FB Prof Muhaya.

Saturday, March 31, 2012

Kenapa perlu stress? musibah ?

Anda stress? Apakah musibah/masalah yang menghadapi anda? Kenapa anda yang mendapat musibah/masalah ni ???

Sebenarnya Tuhan bagi Musibah ni ada tujuannya...


Musibah Ibtila' : Diberikan kepada orang yang baik  ketika dia melakukan kebaikan.
Tujuan: Sebagai Ujian, memberikan peluang untuk mendapat pahala sabar dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin...

Dengan musibah ini, mereka mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, pahala bersangka baik, dan sebagainya. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala-pahala ini?

Janji Allah dalam Surah Al-Zumar 39:10, "Sesungguhnya orang yang sabar itu diganjari pahala tanpa hisab"

Besar kan pahala orang bersabar?
Maka, janganlah stress2 yek....

Sumber adalah dari Majalah Solusi isu#19, boleh beli online dari website ni http://www.stormreaders.net/aremint83 . 

Salam santai ~

Saturday, March 10, 2012

Bagaimana wudhu' (air sembahyang) menjadi doa...



Biasanye kita amik wudhuk cepat2.. maka tak terasa nikmatnye...
Cuba guna method ni untuk dapat lebih banyak fadhilat nya :

1. Apabila membersihkan kedua pergelangan tangan mohonlah pada Allah agar menghapuskan dosa yang dibuat oleh jari-jari..

2. Apabila berkumur mohonlah pada Allah menghapuskan dosa dari mulut yang suka berkata nista..
(atau x sengaja termengumpat, etc)

3. Apabila membasuh muka mohonlah pada Allah menghapuskan dosa dari mata yang melihat maksiat dan mohonlah agar ia diberi cahaya.. (Semoga wajah kita diberi cahaya keimanan)

4. Apabila membasuh kedua tangan mohonlah pada Allah agar menyucikan dosa yang dibuat keduanya..

5. Apabila membasuh kepala mohonlah pada Allah agar dihapuskan dosa fikiran dan niat kejahatan..

6. Apabila membersihkan telinga mohonlah pada Allah agar Dia menghapuskan dosa mendengar perkara dilarang..

7. Apabila membasuh kaki mohonlah pada Allah agar menghapuskan dosa setiap langkah ke tempat maksiat..
(Bayangkan keadaan kita bila melintas titian sirat kat akhirat nanti...) 




Moga gugur dosa itu bersama wudhu' yang sempurna..

- peace Yo! -

Monday, February 27, 2012

Maxis CEO Moves Like Jagger Video Clip (Sandip Das, Mark Dioguardi, CS Yap, Halimah, Nasution, Fitri, etc)

This video clip is aired at Maxis Annual Dinner 2012.



All the actors in this video is actually the Senior Management of Maxis. Who says big boss don't know how to have fun? ;)

Friday, February 17, 2012

Cara semudah ABC untuk menjadikan iPhone anda sebagai modem

Walaupun ramai orang yang pakai iPhone, tapi ramai yang tak tahu tentang cara ni.

Bagi aku mende ni sangat berguna especially kalau korang pengguna Maxis, sebab baru-baru ni sesiapa yang dah subscribe utk package mobile data 3GB, dah di upgradekan kepada 5GB secara free. So, rugi laa kalo tak guna kan?

1. Connect cable anda kepada laptop
2. Click Settings> General > Network > Internet Tethering > ON
3. Bila dah ON, dia akan display "Internet Tethering" warna biru kat Iphone korang.



Guna lah cara ni masa Mobile Internet Bill korang dah dekat sampai renewal date.

P/s: Setiap orang ada bill renewal date yg tersendiri. Macam aku, dia akan renew on setiap 21st day of that month.

Sunday, February 12, 2012

Filem yang lagi best dari Ombak Rindu : Sang Pemimpi


Mahukah kamu aku khabarkan sebuah filem yg lebih menyentuh hati, malah memberi lebih makna dalam erti kehidupan ?

Silalah saksikan Filem Sang Pemimpi hasil adaptasi novel anak indonesia bernama Andrea Hirata.. Walaupun punya pengalaman kehidupan susah di Belitong, masih bisa bermimpi mimpi yg hebat...

Haji Rhoma Irama: "MASA MUDA IALAH MASA BERAPI-API!"


http://www.mediafire.com/?ify4ehj16uj4tfe
http://www.mediafire.com/?c0ha3pu4xx39vym

Saturday, February 11, 2012

Jom join Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2012 : 25 Februari 2012

Korang tak bosan ke dengan rutin tengok wayang je di hujung minggu? Jom laa join masuk program ala2 Amazing Race nih...

Aku dah pernah masuk tahun lepas, memang best giler beb!! Ada kena jawab soalan kuiz yg mencabar minda, and ada game2 fizikal ala2 "Running Man"... :p

Ada main sumpit, balance bendera guna kepala, tarian singa, ikat kalungan bunga tanjung india, menari tarian iban, etc etc..


Terhad kepada 200 orang peserta sahaja...


RM50 untuk 2 orang peserta dalam 1 kumpulan

Borang penyertaan boleh di ambil kat Link nih : Menara KL Official Website

SPOILER ALERT!! Ending of the famous comic Naruto has being leaked : Naruto will be the 7th Hokage but ....

Sewaktu aku berjalan-jalan mengambil angin malam di daerah Okamoto, aku terjumpa Masashi Kishimoto (penulis/pelukis) Naruto dalam sebuah Sake Bar. Waktu tu mamat ni dah separa ting-tong (mabuk), lalu aku pun tanya lah kat dia camne ending komik Naruto ni nanti?

Dia kata, " ナルトサスケ...自分の犠牲が彼の本当の友人であるためにナルトは死ぬ。その後サスケ悔い改めいいですね。しかし、それでもまだ、彼は彼のサービスの記 "

" Naruto lawan Sasuke... Naruto  mati korbankan diri demi sahabat sejati nya itu. Maka, Sasuke insaf dan jadi baik. Namun Naruto tetap diangkat sebagai Hokage yg ke-7 sebagai memperingati jasa beliau. Dan Sasuke menolak tawaran menjadi Hokage sebaliknya memberikannya kepada Shikimaru"

Sekian... Sila jangan percaya...  :p

Saturday, January 21, 2012

Apa beza cara orang syiah solat

Pernah sekali aku hampir nak lantik sorang brader ni jadi imam, tapi tak jadi bila nampak ada batu kat tempat sujud dia... Bila diperhatikan, mmg dia sujud atas batu tu.. Confirm Syiah la ni..


Sedikit info pasal Syiah:

1. Mereka Solat dengan tangan diluruskan di sisi (tak letak kat perut) dan sujud atas batu Karbala
2. Mereka solat 3 kali sehari je ( Subuh, Zuhur jamak dgn Asar, Magrib jamak dgn Isya')
3. Mereka mencaci sahabat2 Nabi yg lain kecuali ahli keluarga Nabi
4. Mereka menganggap orang Ahli Sunnah sebagai najis dan halal dibunuh...

Wallahua'lam...

Monday, January 16, 2012

Petua memilih limau manis...



Setelah berdiskusi dengan rakan2, dan melakukan eksperimen2, maka inilah konklusi yg dicapai.
Terdapat 3 ciri utama limau yg confirm manis iaitu :

1. Tangkai yang dah timbul (lagi tinggi, lagi manis)
2. Kalau dipicit2, terasa ada longar2 (seperti ada ruang kosong di dalam)
3. Masa kulit dikopek, kalau senang untuk kopek, maka mesti manis...

Silalah try petua ini, dan bagi komen betul tak? Mesti betul punya... :)